Datuk Syafinaz yang mempunyai jenis kulit yang sangat sensitif telah menyatakan bahawa beliau memberikan penekanan yang besar pada penjagaan kulit dan badannya. Bagi kedua-dua perkara tersebut, guru vokal ini sanggup menghabiskan wang dan masa untuk mencapai kulit yang bersih serta sihat.
Selain itu, Datuk Syafinaz juga mengamalkan penggunaan sheet mask setiap hari. Penggunaan sheet mask ini menjadi penting baginya, kerana kulit sensitifnya memerlukan kelembapan yang cukup dan tahan lama.
Selain itu, selebriti yang berasal dari Pontian, Johor ini menggunakan sheet mask untuk memastikan kulitnya kekal lembap.
“Dalam masa sehari, Datuk Syafinaz akan guna 2 sheet mask.
“Sama ada harga mahal atau murah, guru vokal ini ada lebih daripada 10 jenis sheet mask yang berbeza jenisnya,”ujarnya.
Selain itu, pelontar suara soprano akan memastikan dirinya sentiasa terhidrat dengan minum dua gelas air kosong setiap pagi.
“Dan, saya juga akan memastikan setiap pagi saya bangun tidur, saya akan minum dua gelas air kosong,”ujarnya lagi.
Sekadar info, minum air pada waktu pagi terutamanya selepas bangun tidur dapat ‘mencuci’ perut dan mengimbangkan sistem limfa. Bila sistem limfa stabil dan seimbang, badan akan memiliki sistem imun yang kuat, boleh elak badan daripada jatuh sakit dengan kerap.
SUMBER : MURAI
0 Comments