Keputusan pelakon Zarina Anjoulie, 36, dan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey, 45, untuk berdamai dan menyelesaikan persengketaan mereka yang berlangsung selama dua minggu telah menarik perhatian warganet.
Banyak yang menyokong keputusan Zarina atau Anju dan Khazrul untuk berbaik semula dan melanjutkan hidup.
Tinjauan di TikTok Zarina menunjukkan bahawa ramai pengikutnya memberikan maklum balas positif mengenai tindakan tersebut.
"Orang yang hebat adalah orang yang mampu menerima dan memaafkan, hebat Anju," komen pengikutnya.
"Hati Anju mulia mudah memaafkan."
"Alhamdulillah, kalau Anju jahat, keluarga bekas tunang tak akan datang jumpa family (keluarga) Anju".
Itu antara komen pengikut Zarina, manakala pengikut Khazrul di TikTok turut melihatkan nada yang sama.
"Semoga datuk happy (gembira) dengan baby girl tersayang, comel sangat dan semoga dimurahkan rezeki".
"Terbaik, move on (teruskan kehidupan)," komen seorang pengikut
"Alhamdulillah, semoga kedua pihak akan bertemu jodoh masing-masing".
Dalam laporan terdahulu, perselisihan antara Zarina dan Khazrul akhirnya berakhir apabila bekas tunangnya membuat permohonan maaf secara terbuka semalam.
Menurut Zarina, dia berharap 'perang' yang berlangsung antara mereka tidak akan berterusan lagi selepas ini kerana dia ingin hubungan silaturahim di antara mereka dapat kembali baik seperti sediakala.
SUMBER : HARIAN METRO
0 Comments