Ticker

6/recent/ticker-posts

Rumah Tu Masih Dalam Urusan Faraid, Siapa Yang Nak Datang Tu Datanglah, Kata Ali Puteh

 


Kemelut Harta Peninggalan Abam Bocey Masih Belum Berakhir


Kemelut berkaitan dengan harta peninggalan Allahyarham Abam Bocey antara adiknya Ali Puteh dan kakak iparnya, Siti Norhidayah, masih belum berakhir.


Menerusi artikel yang diterbitkan portal ROTIKAYA, dalam satu temu bual bersama Melodi, Ali telah menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai masalah jika Hidayah datang tanpa merekodkan atau membuat video.


Menurutnya, selepas video itu dibuat, dia telah menjadi sasaran kritikan pedas daripada netizen. Ali juga menyatakan bahawa tiada sesiapa yang melarang Hidayah atau keluarganya daripada datang.



“Pihak sana datang ke rumah, dakwa tak ada orang buka pintu, tak bagi masuk. Apa motif untuk kau berbuat begitu? Kau sebarkan video tu, siap minta viralkan video itu.


“Niat mereka datang ke rumah itu, wallahualam. Ada komen netizen kata dia datang untuk tengok rumah dia. Nak datang, datanglah tapi janganlah buat video kata kita tak buka pintu, tak bagi masuk. Kita tak pernah larang pun siapa-siapa yang nak datang ke situ,” katanya


Ali Puteh telah menegaskan bahawa rumah Abam Bocey masih dalam urusan faraid dan sesiapa sahaja boleh datang ke rumah tersebut. Hal ini sebagai respons terhadap dakwaan jiran yang mendakwa melihat Ali di rumah berkenaan.


Ali meminta individu yang membuat dakwaan tersebut untuk memberikan bukti yang kukuh. Beliau menjelaskan bahawa rumah tersebut terbuka untuk umum dan tidak ada halangan untuk melawat rumah faraid.



“Ada juga terbaca komen itu. Kalau betul jiran yang kata nampak saya dan keluarga di situ, tampil ke depan. Tak payah panggil media, buat video dan jumpa saya di sini.


“Awak ingat fake akaun (FB) Tuhan tak nampak? Tuhan nampak. Kalau betul saya ada di situ, buktikan.”


“Kalau kata niat dia macam mana soalan itu tadi, datanglah. Kenapa nak halang? Nak kata itu rumah kita pun bukan, rumah engkau pun bukan, benda itu kan masih dalam urusan faraid. Siapa yang nak datang tu, datanglah.


“Tapi persoalannya, video awak itu menimbul persepsi pada orang lain yang mengatakan kita ini jahat,” katanya.



Ketika ditanya sama ada Hidayah datang untuk menuntut bayaran saman RM60,000, Ali Puteh telah mengatakan bahawa beliau telah menyerahkan perkara ini kepada peguam dan enggan mengulas lebih lanjut kerana perkara ini tidak boleh didedahkan kepada umum.


“Benda ini saya serahkan kepada peguam dan saya minta nasihat daripada peguam macam mana nak uruskan dan selesaikan. Tetapi perkara itu saya tak boleh dedahkan di sini.


“Tapi awak jangan risau, jawapannya senang.. saya akan bayar bergantung kepada kemampuan kita untuk bayar secara lumpsum atau secara ansuran. Maknanya tuntutan itu akan dibayar juga,” katanya.


Sumber : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments