Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya mempunyai masalah untuk mempercayai lelaki , cari lelaki pendiam sebagai calon suami, kata Isyariana

 


Pelakon Isyariana berasa takut untuk berkahwin disebabkan pengalaman keluarganya yang mengalami masalah penceraian pada masa lalu.


Isyariana Che Azmi, yang kini berusia 33 tahun, mengakui bahawa dia masih mengalami trauma dan bimbang untuk membina keluarga sendiri kerana mengalami pengalaman pahit apabila ibu bapa beliau berpisah beberapa tahun yang lalu.


"Saya memang takut nak kahwin sebab tu saya tak kahwin lagi. Saya berada dalam keluarga di mana ibu dan bapa bercerai, jadi saya nampak situasi sebenarnya.


"Saya bukan takut dianiayai, tetapi mungkin saya dah selesa dan saya susah untuk percaya lelaki. Kawan boleh, tapi untuk menjadi pasangan hidup mungkin sukar buat masa ini," katanya kepada mStar.



Isyariana telah mengungkapkan hal itu ketika ditemui pada sidang media drama Isteri Halal di Z Botanica oleh Nicsmann, 1 Utama pada hari Khamis.


Selain itu, Isyariana juga berkongsi bahawa dia tidak kehilangan semangat untuk bercinta, tetapi masalah kepercayaan kepada lelaki menyebabkan hubungan mereka sukar untuk bergerak ke peringkat seterusnya.


"Masalah sebenarnya adalah saya susah untuk mempercayai lelaki. Kadang-kadang saya terpaksa mengambil masa lama untuk mengenali seseorang.


"Ia membuatkan lelaki mula rasa bosan dan berfikir saya tiada usaha untuk ke fasa seterusnya. Jadi, akhirnya, mereka pun pergi," ujarnya.


Sementara itu, pelakon drama 3 Dukun Santet ini berdoa agar dia dipertemukan dengan lelaki yang tepat kerana tidak mahu berdepan dengan masalah rumah tangga.



Jelas Isyariana lagi, dia mahukan seorang lelaki pendiam dan bukan dalam kalangan rakan selebriti.


"Saya memang berdoa supaya tidak ditemukan dengan lelaki yang bukan untuk saya. Kalau boleh, saya tak mahu berdepan dengan penceraian tetapi perancangan Tuhan siapa yang tahu.


"Saya mahu lelaki yang pendiam. Saya suka orang yang hanya bercakap perkara penting sahaja. Selain itu, kalau boleh saya mahu elakkan individu yang bergelar selebriti," katanya.


Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments