Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya Nak Cari Suami Pandai Masak, Kata Amelia Henderson

 


Pelakon Amelia Henderson mengakui bahawa dia tidak berminat untuk memasak dan menghabiskan banyak masa di dapur, terutama dengan kesibukannya sebagai seorang anak seni.


Menurut laporan Astro Gempak, Amelia juga mengakui bahawa dia tidak terlalu mahir dalam memasak dan lebih suka menikmati hidangan daripada memasaknya sendiri.


“Saya seorang yang tidak memasak di rumah kerana sentiasa ‘on the go’. Lagipun terus terang saya tak pandai memasak langsung.




“Saya lebih suka makan dari memasak dan duduk di dapur. Lagipun gaya hidup saya sebagai pelakon yang sangat sibuk ini membuatkan saya balik ke rumah hanya untuk berehat dari memasak,” katanya.


Ditanya adakah dia akan memasak jika berkahwin suatu hari nanti, Aemlia berselorohbmengatakan dia akan mencari suami yang pandai memasak.



“Setakat ini saya boleh kata belum tiba masanya lagi untuk saya jadi kreatif dan belajar memasak.


“Nak kahwin nanti mungkin saya kena cari calon suami yang pandai masak kerana dia pun kena tolong bukan tanggungjawab isteri seorang,” katanya.


Sumber : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments