Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya ni tak suka pergi konsert, dengar muzik itu haram, kata Suami Fatin Afeefa

 


Sejak berkahwin dengan Fatin Afeefa, segala tindak tanduk Opai seringkali mendapat perhatian netizen.


Walaupun banyak menerima kecaman dari netizen, namun Aliff Awang seorang yang santai dan tenang melayan karenah netizen dan peminatnya setiap kali membuat live di media sosial.


Baru-baru ini satu video dari Opai telah menarik perhatian ramai netizen apabila ketika sesi live tersebut beliau telah ditanya oleh netizen berkenaan adakah dia akan hadir ke konsert band popular Indonesia, ST12 atau tidak.


“Tengok konsert ST12 tak bulan 3 nanti?”tanya netizen.


Memetik perkongsian dari portal OMM, Opai telah memberikan jawapan yang sungguh tidak disangka-sangka oleh netizen kerana dia mengaku dia bukanlah seorang yang suka menghadirkan diri ke konsert yang melalaikan dengan menyifatkan mendengar muzik adalah haram kecuali alunan zikir.


“Saya tak suka pergi konsert, dengar muzik ini haram. Saya pasang zikir saja, muzik itu haram,”ujarnya.


@babes_faa 🥰🥰 #suamiistribahagia #suamifatinafeefa #fatinafeffa #artismalaysia #artismalaysia #suamifatinafeefa ♬ original sound - vii_dio



Namun bila meninjau diruangan komen, lain pula yang dipersoal oleh netizen.


Ramai yang mengecam jawapan Opai yang dikatakan terpaling bagus dan ramai juga yang menyoalnya adakah forex itu halal memandangkan Opai adalah seorang trader forex.





SUMBER : OMM

Post a Comment

0 Comments