Pelakon Fatin Afeefa telah mengeluarkan rasa kesalnya dengan tindakan beberapa netizen yang suka merekod setiap gerak-gerinya tanpa izin ketika keluar bersiar-siar.
Dalam sebuah video yang tular di TikTok, Fatin menyuarakan bahawa orang yang suka merekod dan memuat naik setiap pergerakannya tidak beradab dan kurang hormat.
Walaupun Fatin tidak dapat mengelak daripada menjadi tumpuan orang ramai, dia memohon agar netizen lebih menghormati privasinya sebagai selebriti dan memberinya ruang untuk menjalani kehidupan seperti biasa.
“Gila korang ni, memang tak hormat orang. Orang zaman sekarang ni diorang (mereka) tak hormat orang tau. Kalau saya ni makan kat luar, diorang main rekod je.
“Lagi-lagi orang yang tak kenal, nampak lah dia rekod je lepastu post. Betul punya tak hormat orang. Macam saya, saya masih lagi ada sense of hormat.
“Anak saya cakap jangan post gambar dia, saya tak post. Tapi bila saya tak post korang cakap pula dah tak nampak gambar Arrian, dah tak sayanglah tu. Gila ke? saya hormatlah anak saya,” katanya.
Perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan luahan Fatin.
Ramai yang memuji Fatin kerana bersuara lembut walaupun merasa marah.
SUMBER :XTRA
0 Comments