Ticker

6/recent/ticker-posts

Sebab nak jaga status dan imej baru, Datin Natasha Charmaine buang 30,000 pengikut di Instagram

 



Datin Natasha Charmaine,  baru-baru ini telah bertindak memadamkan semua pengikut Instagramnya yang berjumlah 30,000 orang. 


Beliau menyatakan bahawa tindakan tersebut dilakukan kerana beliau ingin muncul dengan imej yang lebih segar dan sopan.


Natasha, yang berusia 31 tahun, menjelaskan bahawa tindakan tersebut dapat diibaratkan sebagai satu langkah penjenamaan semula dirinya sendiri supaya menjadi individu yang lebih baik.


“Saya buang semua 30,000 pengikut Instagram sebab mahu bermula semula dengan imej lebih segar dan sopan.



“Selepas buang pengikut, saya ambil keputusan untuk lebih menapis foto yang dikongsi dalam media sosial. Insya-Allah semuanya lebih sopan mengikut status saya sekarang (berkahwin),” kata anak kelahiran Kuching, Sarawak itu baru-baru ini.


Natasha juga berkata, pada masa sama apa yang dilakukannya adalah untuk menjaga statusnya sebagai seorang isteri dan imej suaminya.


“Saya pun perlu jaga nama suami terutamanya. Saya juga berlakon dalam filem Imam yang mengetengahkan isu agama dan memerlukan saya berpakaian sopan termasuk bertudung.


“Apabila difikirkan semula, bukan semua perkara perlu dikongsi dalam media sosial.


“Bukan nak tunjuk saya sudah berubah sepenuhnya tetapi semuanya berlaku secara perlahan-lahan,” ujarnya.



Katanya, media sosial juga boleh menyebabkan penggunanya mengalami tekanan dan kegelisahan melampau susulan komen netizen yang kadang-kadang dianggap keterlaluan.


“Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak daripada dikecam orang ramai dan akan memilih kandungan lebih baik untuk dikongsi kepada umum.


“Sebab tak mahu juga jika satu hari nanti saya lakukan khilaf, orang akan terus kecam dan libatkan isu-isu lain,” ujarnya lagi.


Bercakap tentang perkembangan terbaharu, Natasha bakal muncul menerusi filem Imam arahan Mior Hashim Manap pada 2 Mac depan yang turut membariskan nama-nama besar lain seperti Datuk M. Nasir, Faizal Hussein dan Vanidah Imran. 


SUMBER – KOSMO! ONLINE


Post a Comment

0 Comments