Belum reda kisah rumah tangga beberapa pasangan selebriti, timbul pula cerita baharu membabitkan pelakon kacak yang dikatakan curang dengan wanita lain.
Dan hari ini portal beautifulnara ada memuat naik artikel yang menulis kisah panas ini makin jadi hangat selepas pendedahan dari isteri pelakon lelaki itu sendiri di sebuah forum hiburan.
Jika sebelum ini Hafidz Roshdi menafikan desas-desus yang beredar, hantaran terbaru dari isterinya mungkin akan mengecewakan ramai peminat-peminat lelaki yang kacak di luar sana yang sebelum ini bermati-matian mempertahankan kesetiaan dia.
Mengikut sumber, isteri Hafidz, Nurul Shuhada telah memuat naik beberapa cerita Instagram berkenaan hantaran dan rasa kecewa yang dihadapinya akibat perlakuan seorang wanita yang dikatakan terlibat dalam rumah tangga mereka.
Nurul Shuhada juga menyatakan bahawa wanita tersebut tidak mempunyai perasaan malu kerana pernah melawat rumah mereka dan menyebabkan mereka dan anak-anak mereka menderita.
Kepada you, thank you sebab sakitkan i dengan anak-anak i yang tak berdosa, thank you sebab jadi perempuan yang ambil abah anak-anak i. Thank you sebab runtuhkan rumah tangga i.
Selain itu, Shuhada mengakui dirinya terasa bodoh kerana sering bersangka baik sehingga menderita.
Saya salah sangat-sangat sebab saya bodoh, maafkan ibu ya Umar dan Humairah, ibu akan cuba yang terbaik.
0 Comments