Ticker

6/recent/ticker-posts

Takkan Selama Bertahun Dah Buat Benda Ni Tak Ada Rasa Bersalah?, Tanya Isteri Hafidz Roshdi

 


Melalui akaun Instagram anaknya, Humairah Hafidz, Nurul Shuhada Mat Shukri, isteri pelakon Hafidz Roshdi, telah memuat naik beberapa maklumat untuk membidas permohonan maaf dari seorang wanita bernama Athirah Yuhada.


"Terima kasih Cik Athirah atas cubaan membuat permohonan maaf secara terbuka berserta cubaan untuk meletakkan kesalahan ini pada orang lain.


"Ada beberapa maklumat yang tidak tepat dan saya terpaksa nafikan.


"Kamu berdua sudah berhubung sehingga 25 Januari 2023, yang mana, hanya beberapa minggu lalu. Kenyataan ini berdasarkan bukti-bukti yang ada," tulisnya.


Tambahnya, dia menjadi saksi dan mengambil tindakan terbaik untuk menjaga keharmonian keluarganya.



"Saya sendiri menjadi saksi dan berhak untuk tunjukkan kepada umum untuk menjaga keluarga saya, tapi, saya rela menyerahkan semuanya kepada peguam untuk menguruskannya secara berhemah.


"Saya nak tegaskan supaya tak menyalahkan Hafidz sahaja sebab kalau bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi.


"Kamu sendiri tahu bagaimana hubungan kamu berlangsung? Katanya, pada sekian-sekian waktu, tapi tiba-tiba... sembilan tahun kena cuba? Wow! Hebatnya kamu dikejari," tulisnya.


Tambahnya, dia juga tidak akan melupakan apa yang berlaku kepada keluarganya.


"Perkara yang kamu buat bukan mudah untuk saya maafkan. Tapi, Allah kata jadilah manusia pemaaf walaupun seberat mana kesalahan.


"Saya mungkin akan maafkan, tapi saya takkan lupakan. Kamu sendiri cakap, kami bersimpati dengan keadaan mental Hafidz?


"Kamu tak ada empati kepada golongan wanita yang dikhianati dan anak-anak tak berdosa? Takkan selama kamu buat dah bertahun ini, tak ada rasa bersalah sebagai perempuan, kan?" tulisnya.




Menutup tulisannya, Shuhada menyerahkan kepada Allah untuk mengadili Athirah atas apa yang berlaku.


"Saya takkan panjangkan isu ini. Cukuplah di media sosial. Saya perlukan masa untuk tenangkan anak-anak dan keluarga.


"Semua malu dan terpalit, tapi sekali lagi, terima kasih untuk semua yang kamu sudah lakukan kepada saya dan anak-anak saya. Semoga Allah mengadili sebaiknya, Insya-Allah.


"Jalani hari yang baik, Athira Yuhada," katanya.


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments