Ticker

6/recent/ticker-posts

Tiub pernafasan di leher Ainul Mardhiah akhirnya ditanggalkan, kata bapa

 


"Macam ini rupanya anak walid bila tak ada tiub di leher, Alhamdulillah."


Demikianlah perasaan Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 28 tahun, ketika dia melihat anak perempuannya Ainul Mardhiah tanpa tiub pernafasan di lehernya untuk pertama kali.


Ainul Mardhiah, yang didiagnosis mengidap kanser Germ Cell Tumor sejak lahir, mendapat perhatian publik hingga berita tentangnya menyebar dan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 28 tahun, dihubungi oleh doktor Malaysia yang berbasis di United Kingdom, Dr. Nur Amalina Che Bakri, yang menyatakan keinginan untuk membantu bayi itu.


Ainul, didampingi oleh ibu dan ayahnya serta tim dokter pendamping, terbang ke London dan pada 10 Juni 2019, dia berhasil menjalani operasi selama lima jam dan tumor seberat 200 gram yang membesar di dalam mulutnya berhasil diangkat oleh sekelompok ahli yang dipimpin oleh Profesor David Dunaway.


Ahmad Safiuddin mengatakan bahwa perkembangan Ainul Mardhiah masih dipantau oleh para pakar setelah tiub pernafasannya dibuka.


"Isnin ini akan buat beberapa prosedur untuk 'double confirm' (pengesahan) sama ada boleh cabut terus atau tidak.


"Tapi buat masa ini, sudah sembilan jam Ainul tanpa trachy (tiub)," tulisnya di hantaran Facebook.


Menurutnya, selepas lebih 30 minit tiub pernafasan dibuka, saturasi oksigen mencapai 96 hingga 100 peratus.



"U (you) cabut dengan wife (isteri) macam biasa, kami tengok.


"Nampak macam Ainul tengah nak balancekan (seimbangkan) pernafasan dia dari lubang ke hidung.


"Menggigil juga nak cabut sendiri, walaupun sepanjang lima tahun ini memang kami berdua yang buat penukaran tiub setiap dua minggu," katanya.


Bagaimanapun, katanya, selepas cabut yang lama untuk dicuci, dalam tempoh tiga saat dia akan terus masukkan yang baharu.


"Memang tak pernah nampaklah keadaan Ainul macam sekarang.


"Hari ini pantau di HDU (High Dependency Unit), bersedia untuk hari Isnin ini," katanya.


Sementara itu, Nurul Erwani menerusi Instagramnya berkongsi detik indah itu.


"Bermula tahun lepas Ainul kritikal, Dr Jaseem (Datuk Dr Jaseemuddeen Abu Bakar) contact (hubungi) kami suruh bawa jumpa dia untuk advise (nasihat) kami yang sebenarnya trachy itulah punca kenapa Ainul selalu kena infection (jangkitan).



"Bila ditanya kami bila rancangan untuk cabut trachy, kami hanya kata tiada dari mana-mana. Lama dah kami tunggu saat ini," tulisnya.


Katanya, saat paling ditunggu apabila semalam Ainul boleh bernafas normal seperti manusia lain tanpa ada bendasing di tekaknya.


"Alhamdulillah Syukur. Step by step Dr Jaseem plan kan untuk Ainul.


"Dan rupanya juga Ainul sudah pandai makan dan menelan. Siapa kita nak kata Ainul tak pandai buat semua tu. Ainul sangat tak dijangka, sebenarnya dia boleh buat apa yang sepatutnya budak normal buat," katanya.


Sumber : Berita Harian Online

Post a Comment

0 Comments