Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan detik-detik terindah dalam hidup engacara dan pelakon Adriana Adnan apabila terpilih antara 20 orang pemenang bertuah untuk bertemu secara dekat dengan pelakon terkenal Korea, Park Seo Joon, pada Sabtu.
Menerusi artikel yang dipetik dari portal OhBulan!, Adriana mengaku sangat teruja sehingga menangis kerana tidak menyangka akan menang dalam cabutan bertuah yang diadakan semasa acara 'Jom Minum MILO bersama Park Seo Joon'.
Saya hanya mahu berjumpa dengan dia tetapi tidak sangka pula dapat peluang untuk bertemu secara dekat untuk sesi fan signing.
Sedar tindakannya itu dianggap keterlaluan, selebriti berumur 28 tahun itu menyatakan kehadirannya ke Sunway Pyramid atas ‘tiket’ sebagai peminat tegar yang sudah bersusah payah memasuki peraduan.
Semua orang ada idola mereka sendiri. Saya memang minat menonton drama korea. Dengan usaha sendiri untuk masuk peraduan, saya tidak guna tiket sebagai media atau selebriti.
Saya tahu memang akan ada netizen yang mempertikaikan reaksi spontan (menangis) saya. Saya ini memang jenis expressive.
Biasalah bila dah jumpa idola sendiri kan. Saya rasa orang lain pun macam itu. Cuma bezanya, reaksi mereka tidak direkod.
@ohbulanofficial Bagai bulan jatuh ke riba chuallsssss ❤️❤️❤️❤️ #ohbulan #fyp #sembangentertainment #viral #adrianaadnan #bergambar #dengan #parkseojoon ♬ original sound - OHBULAN!
Sementara itu, anak kepada pengacara televisyen, Zamzarina Zambri mengaku bahawa dia menggunakan lakonan Park Seo Joon sebagai rujukan semasa menghasilkan sebuah karya.
Saya memang suka sangat dekat Seo Joon sejak drama Fight For My Way pada 2017. Lakonannya sedikit sebanyak memberi inspirasi untuk saya kerana dia seorang yang ikhlas.
Tadi masa dapat bertemu dengan dia saya boleh nampak dia memang baik. Saya sangat gembira serta betul-betul tidak sangka dapat berjumpa sedekat itu.
SUMBER : OHBULAN
0 Comments