Ticker

6/recent/ticker-posts

(6 Gambar) Tiba seawal jam 10 pagi, gelagat peminat Black Pink dengan kreativiti masing-masing tarik perhatian netizen

 


Konsert kumpulan K-pop popular dari Korea Selatan, BLACKPINK yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil semakin membara. 


Banyak peminat BLACKPINK atau 'Blinks' telah tiba seawal jam 10 pagi di lokasi konsert. 


Persiapan konsert tur dunia 'Born Pink' telah dijalankan dengan teliti untuk memastikan puluhan ribu peminat kumpulan muzik wanita tersebut akan dihiburkan. 


Pada tengah hari tadi, para peminat telah memulakan barisan panjang untuk masuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil.


Lebih menarik lagi, peminat BLACKPINK atau 'Blinks' yang hadir awal sangat bersemangat apabila 'soundcheck' dimainkan menjelang persembahan kumpulan yang terkenal dengan lagu Pink Venom.






Selain itu, kemeriahan konsert ini turut diserikan dengan penjualan 'merchandise' BLACKPINK di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil.


Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam satu kemas kini di Twitter menasihatkan peminat BLACKPINK supaya menggunakan pengangkutan awam untuk mengelakkan kesesakan.


Sebelum ini, Rapid KL mengumumkan waktu operasi bagi stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan hingga 1 pagi (5 Mac).


Ini merupakan konsert kedua BLACKPINK di Malaysia, selepas konsert Blackpink World Tour: In Your Area pada 2019.




Konsert jelajah dunia ‘Born Pink’ akan bermula pada jam 8 malam ini, dengan anggaran lebih 62,000 peminat dijangka menghadirinya di Stadium Nasional Bukit Jalil.


BLACKPINK terdiri daripada Jennie, Lisa, Jisoo, dan Rose.

Post a Comment

0 Comments