Ticker

6/recent/ticker-posts

Bukan Biasher-Biasher, Kain kafan tenun untuk jenazah kayangan berharga RM220 semeter!

 


Di daerah Jeneponto, Sulawesi Selatan, kain kafan tenun atau yang disebut Tope bukan hanya digunakan untuk membungkus jenazah tetapi juga telah dipelebagaikan oleh pengusaha sebagai produk lain. 


Kain kafan tersebut dijadikan sebagai berbagai produk seperti pakaian, jubah, tudung, beg, dan kipas.



Menurut seorang pengusaha bernama Suryani, kain kafan tersebut diperbuat daripada kapas yang dipintal menjadi benang, sama seperti kain kasa. 


Harga bagi setiap meter kain kafan tersebut adalah sebanyak IDR 750 ribu (RM220).


"Orang di Jeneponto memanggil kain kafan ini atau bahasa tempatannya Tope. Proses penghasilannya mengambil masa dua bulan untuk satu pakaian, jadi mahal," katanya.



Kain kafan tenun sebelum ini digunakan untuk membalut jenazah keturunan bangsawan, namun kini diketahui bahawa harganya terlalu mahal dan orang ramai telah beralih kepada menggunakan kain putih biasa. - Suara.com


Sumber : mStar Online


Post a Comment

0 Comments