Ticker

6/recent/ticker-posts

Da’i Fuad Nasihat Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof tutup mulut, elak cerita masalah rumahtangga di media sosial


 

Da'i selebriti, Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Dai' Fuad Mokhtar telah mencadangkan kepada pasangan selebriti, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof untuk tidak menceritakan masalah rumah tangga mereka di media sosial.


Menurut Da'i Fuad, konflik rumah tangga yang dihadapi oleh pasangan tersebut seharusnya tidak perlu dijadikan tontonan umum walaupun mereka adalah personaliti yang dikenali ramai.


“Saya mencadangkan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof untuk tutup mulut dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan,”nasihatnya.


Memetik artikel dari OhMyMedia, Dai' Fuad menambahkan bahawa orang ramai sudah terlalu banyak terkesan dengan masalah rumah tangga pasangan selebriti itu. 




Oleh itu, dia menasihatkan agar pasangan tersebut menyelesaikan masalah mereka melalui proses undang-undang dan mengeluarkan kenyataan melalui media yang tepat.


“Tumbangkan orang sepatutnya di mahkamah bukan di media sosial,”katanya lagi.


Dalam pada itu, dia juga mengaitkan kisah perceraian anak angkat kepada Nabi Muhammad SAW iaitu Zaid Alharith juga pernah bercerai dengan Zainab binti Jahsy.


“Dahulu anak angkat nabi, Saidina Zaid alharith pernah bercerai dengan Zainab binti Jahsy. Padahal mereka tokoh besar dan popular kerana akrab dengan nabi.


“Ada mereka buat kenyataan media? Ada mereka beritahu masyarakat kenapa perlu berpisah? Ada mereka membuka kelemahan masing-masing?”soalnya.




Menurut sumber, Saidina Zaid dan Zainab juga mengalami kesedihan akibat perceraian mereka. Da'i Fuad menambahkan bahawa perceraian sebenarnya adalah jalan terbaik bagi pasangan yang tidak lagi seiring dan ia tidak seharusnya menjadi perhatian umum.


Beliau menasihatkan agar pasangan yang bercerai lebih baik menjaga mulut mereka dan tidak membuat sebarang kenyataan di media sosial, serta kembali kepada Allah.


“Kembalilah kepada Allah dan luruskanlah hati dengan keimanan.

“Tutup mulut, zip lidah daripada keluarkan apa-apa kenyataan yang akan menjadikan masalah lebih complicated,”ujarnya.


Sumber : OMM



Post a Comment

0 Comments