Ticker

6/recent/ticker-posts

Denda RM5000 dan penjara maksimum tiga tahun jika ceramah tanpa tauliah di Johor, kata MAINJ

 


Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didapati mengajar atau memberikan syarahan agama Islam tanpa mendapatkan tauliah di negeri ini. 


Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, mengatakan tindakan juga akan diambil terhadap penganjur acara atau program yang dianggap sebagai bersubahat dalam hal ini.


"Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan bahawa penceramah yang mengajar dan memberi syarahan agama Islam di negeri ini perlu memiliki tauliah.


"Mana-mana penganjur kepada acara mengajar dan memberi syarahan agama Islam menggunakan penceramah yang tidak bertauliah dari MAINJ adalah melakukan satu kesalahan penyubahatan di bawah Seksyen 43 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.




"Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau sedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Mohd Fared Mohd Khalid, Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, mengatakan bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati mengajar atau memberi syarahan agama Islam tanpa tauliah di negeri Johor. Menurutnya, mereka yang melakukan kesalahan tersebut boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 dan Seksyen 11 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.


Beliau menjelaskan bahawa mereka yang diambil tindakan atas kesalahan itu boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika kesalahan itu terbukti. Mohd Fared juga menegaskan bahawa tauliah yang diperlukan daripada MAINJ meliputi kawasan masjid dan surau serta mana-mana tempat dalam negeri Johor.




Langkah itu katanya, selaras dengan Seksyen 118(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003, antara kaedah mengawal doktrin dan fahaman yang menyeleweng dari hukum syarak di negeri ini adalah dengan memastikan mereka yang mengajar dan memberi syarahan agama Islam atau apa-apa perkara tentang agama Islam perlu memiliki tauliah daripada MAINJ.


"MAINJ adalah pihak berkuasa agama Islam yang menjaga urusan hal ehwal masyarakat Islam di negeri ini supaya mematuhi hukum syarak berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah yang syariatnya berlandaskan mazhab Shafie tanpa menolak mazhab muktabar lain serta bertasawuf berlandaskan Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali," ujar beliau.


Tambahnya, masyarakat Islam perlu mematuhi undang-undang yang telah dikanunkan demi memastikan syiar Islam yang benar dan betul ditegakkan dan dilaksanakan di negeri ini.


Sumber : Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments