Ticker

6/recent/ticker-posts

Empat bulan berpisah, Siti Rohayu selamat bernikah dengan pilihan keluarga

 


Pada penghujung tahun lalu netizen dikejutkan dengan berita seorang isteri yang cekal menjaga suaminya yang sakit kerana kemalangan akhirnya mengambil jalan untuk berpisah dengan suaminya itu.


Wanita hebat yang bernama Siti Rohayu ini menjadi perhatian ramai netizen kerana kecekalannya menjaga bekas suaminya sehingga dia berjaya menguruskan sendiri kehidupannya selepas terbabit dengan kemalangan.



Baru-baru ini, Siti Rohayu yang lebih dikenali dikalangan netizen sebagai Umy telah mengumumkan berita gembira yang dia akan berkahwin dengan jejaka yang dikenali sebagai Faiz.


Menurut info, Faiz merupakan pilihan dari keluarganya.




Majlis bersejarah bagi pasangan itu telah diadakan pada hari jumaat bertempat di Besut, terengganu.


Pihak lelaki telah menyerahkan wang hantaran bernilai RM33,333 sebagai simbol bagi tarikh perkahwinan hari ini iaitu 3/3/2023. 




Siti Rohayu dan pasangannya kelihatan manis dan segak mengenakan persalinan sedondon berwarna cream cair di atas pelamin yang sama.


Sumber : FB Siti Rohayu

Post a Comment

0 Comments