Ticker

6/recent/ticker-posts

Hujan Mencurah-Curah Tanpa Henti! Peminat Risau Cuaca Ganggu Kelancaran Hari Konsert Blackpink Esok

 


Penafian : Gambar sekadar hiasan


Hanya tinggal satu hari sahaja lagi, peminat tidak sabar-sabar untuk menonton konsert Blackpink secara langsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.


 Rata-rata peminat kumpulan sensasi K-pop dari Korea Selatan, Blackpink resah kerana takut konsert jelajah dunia ‘Born Pink’ di Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung esok di Stadium Nasional Bukit Jalil bakal dibatalkan ekoran cuaca buruk sejak beberapa hari ini.


Tinjauan Kosmo! di media sosial seperti Twitter dan TikTok mendapati, mereka ini mula risau apabila melihatkan keadaan air bertakung di sekitar stadium meskipun persediaan konsert telah pun hampir siap sepenuhnya.




Kawasan stadium yang terbuka membuatkan peminat bimbang kerana mereka mungkin tidak dapat menikmati konsert kumpulan K-Pop yang terkenal itu jika dalam keadaan hujan lebat.

 

Ramai peminat Blackpink, atau yang lebih dikenali sebagai 'blinks', meluahkan kebimbangan mereka di laman sosial mengenai keadaan cuaca esok hari.


“Rain rain go away come again another week. Ini keadaan di Stadium Bukit Jalil di mana Blackpink akan membuat persembahan. Tolong jangan hujan, mari kita berdoa,” kata peminat.




Bagaimanapun, kumpulan peminat Blackpink ini tetap membuat persediaan awal seperti menyediakan baju hujan ketika pergi ke konsert jelajah dunia itu esok bagi menyaksikan persembahan penyanyi kegemaran mereka.


“Pesanan untuk semua esok yang nak datang konsert Blackpink, bawa baju hujan, bawa plastik lebih untuk lindung beg anda, telefon bimbit anda, bawa juga kelengkapan banjir, takut air naik pula,” pesan Asyraf.


“Jangan la batal konsert, bukan senang nak minta cuti. Tiket pun dah mahal beli, semangat semua!,” ujar Putri Aini. – KOSMO! ONLINE


Sebagai makluman, ini adalah kali kedua kumpulan K-Pop popular ini mengunjungi Malaysia, setelah sebelum ini mereka telah membuat persembahan di Stadium Malawati, Shah Alam pada tahun 2019.


Sumber : – KOSMO! ONLINE

Post a Comment

0 Comments