Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasan
Seorang wanita warga emas dari Jawa Tengah, Indonesia dilaporkan hilang dan dipercayai telah melarikan diri bersama seorang lelaki warganegara Bangladesh semasa sedang menunaikan ibadah umrah baru-baru ini.
Wanita tersebut awalnya mengikuti pakej umrah selama 11 hari. Namun, menurut pemilik agensi umrah, wanita tersebut hilang pada hari ketiga.
Rakaman sistem televisyen tertutup (CCTV) menunjukkan wanita tersebut sedang mengikuti seorang lelaki warga Bangladesh. Didapati bahawa mereka telah melarikan diri selama sebulan ketika wanita tersebut masih menunaikan umrah di Tanah Suci.
Sehingga kami kembali ke Indonesia pada 11 Februari lalu, wanita tersebut tidak muncul. Sebagai pengendali pakej umrah, kami berasa sangat keliru.
Akhirnya, wanita tersebut berjaya dikesan setelah pelbagai usaha dan kerjasama daripada banyak pihak termasuk ahli keluarga dan kerajaan Arab Saudi.
Selepas kami menemui lelaki warga Bangladesh tersebut, dia berjanji untuk membawa wanita tersebut kepada wakil kami di Arab Saudi. Akhirnya, dia membawa wanita tersebut pulang ke Indonesia minggu lalu.
Kehilangan wanita berusia 61 tahun itu telah menyebabkan syarikat agensi umrah tersebut disenarai hitam dan dikenakan denda sebanyak 250 juta rupiah (RM72,812) oleh kerajaan Arab Saudi.
Sumber : OHBULAN
0 Comments