Dalam sidang media petang tadi, Syamsul Yusof, seorang pengarah filem terkemuka, telah menjawab beberapa soalan daripada wartawan dalam satu sidang akhbar berhubung dengan ‘sinar’ yang disebut oleh beliau semasa proses penceraian antara beliau dan isterinya, Puteri Sarah.
Menurut rakaman video yang dikongsi oleh laman web Oh Bulan, Syamsul menyatakan bahawa jika beliau tidak berhasrat untuk menyelesaikan masalah dalam perkahwinan mereka, mereka sudah bercerai sejak dahulu lagi.
@ohbulanofficial Wartawan pun siap tambah ‘sinar harian’ 😅😅😅😅 #ohbulan #sembangentertainment #syamsulyusof #kenapa #baru #sekarang #ada #sinar #puterisarahliyana ♬ original sound - OHBULAN!
“Kalau saya tak nak selesaikan, mesti saya dah lama bercerai dengannya,” katanya.
Syamsul berkata ketika Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia ada bersama Puteri Sarah dan ketika itu rumah tangganya bermasalah.
“Inilah yang saya nak ceritakan, dalam empat tahun seolah-olah (dakwaan Puteri Sarah) saya ini tendang dia keluar dari rumah. Itu pun ditokok tambah.
“Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya dengan dia. Masa itu, ya memang ada masalah rumah tangga,” katanya.
Dalam pada itu, Syamsul turut mempersoalkan tindakan Puteri Sarah mengapa tidak memfailkan perceraian dari awal dan sebaliknya dibuat selepas dia berkahwin dengan Ira Kazar.
“Kenapa tak nak failkan perceraian? Kenapa dia tak minta cerai dari dulu? Pasal apa? Sebab masih rasa sayang lagi kan? Begitu jugalah dengan saya.
“Saya boleh terima poligami (Sarah berkata), bila saya (Syamsul) berkahwin, terus (Puteri Sarah) nak minta cerai. Kata boleh terima?” katanya.
Sumber : ROTIKAYA
0 Comments