Ticker

6/recent/ticker-posts

Lagu Terus simbol saya sudah 'move on', kata Puteri Sarah

 


Puteri Sarah Liyana hari ini telah melancarkan lagu baru bertajuk "Terus Berkisar" yang menggambarkan kisah hidupnya termasuk krisis dalam rumah tangga pada hari ini.


Sarah berkata bahawa dia sengaja memilih tarikh 8 Mac iaitu Hari Wanita Sedunia sebagai tarikh pelancaran kerana dia ingin mengabadikan hari tersebut sebagai simbol bahawa dia telah 'move on'.


"Saya mahu jalan terus dan tidak lagi mempedulikan apa saja kemelut yang berlaku. Sebagai wanita dan yang paling penting sebagai seorang ibu, saya harus terus kuat!"




"Saya harus bangkit daripada kesedihan dan meneruskan kehidupan. Bangkit bukan bermakna ingkar, tapi lebih kepada menyayangi diri sendiri dan tidak membiarkan diri dipijak," katanya.


Lirik lagu "Terus" ditulis oleh Puteri Sarah bersama dengan komposer, Faizal Ulwi dan dinyanyikan oleh Sarah Fazny dan Zayani.


Sarah berkata bahawa dia tidak mahu terus bersedih dan meratapi nasibnya, dan lagu itu adalah antara manifestasi isi hatinya.




"Lagu ini memang mengisahkan apa yang terjadi kepada diri saya. Apa yang berlaku selama ini saya ceritakan dan diterjemah menjadi sebuah karya. Terus memang mewakili isi hati saya.


"Saya gembira karya ini akhirnya dapat menemui pendengar hari ini. Setidaknya mereka yang senasib dengan saya dapat bangkit dan meneruskan kembali hidup seperti dulu," katanya.



Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments