Ticker

6/recent/ticker-posts

Lantak la apa orang nak kata, kataZarina Zainuddin

 


Pelakon Zarina Zainuddin telah mengakui bahawa beliau telah melakukan pembedahan untuk membetulkan bahagian hidungnya agar kelihatan lebih cantik selepas menjalani pembedahan untuk membuang cecair pada bahagian wajahnya.


Zarina menegaskan bahawa beliau hanya melakukan prosedur untuk membetulkan bentuk hidung yang terjejas akibat pembedahan membuang cecair tersebut.


"Selepas saya membuang cecair pada bahagian hidung, saya hanya betulkan hidung saya sedikit saja. Namun tidaklah sehingga menukar bentuk hidung.


"Bukan apa, kerjaya saya sebagai pelakon tidak mahu bahagian muka terjejas akibat pembedahan membuang cecair pada bahagian hidung.




"Namun apa yang diubah itu bukanlah begitu banyak sehingga terlalu lain. Baik saya tegakkan saja selepas itu mancungkan hidung ini," kata Zarina.


Sebelum ini, terdapat banyak spekulasi yang dibuat mengenai pelakon Zarina Zainuddin apabila beliau dilihat menjalani pembedahan di bahagian hidung. Terdapat beberapa pihak yang mendakwa bahawa proses pembedahan tersebut dilakukan semata-mata demi untuk memperbaiki penampilannya untuk kelihatan lebih cantik dan menawan.


Bagaimanapun, Zarina memberikan penjelasan bahawa beliau menjalani pembedahan itu kerana sudah tidak tahan dengan masalah sinus yang dialaminya sejak sekian lama. Zarina menegaskan bahawa dia hanya melakukan prosedur memperbaiki bentuk hidungnya yang terjejas akibat daripada pembedahan sebelumnya yang telah dijalani.


Zarina juga berkongsi mengenai perkembangan kesihatannya, beliau merasa bersyukur apabila masalah hidungnya semakin pulih selepas menjalani pembedahan untuk membuang cecair yang terkumpul di kawasan wajahnya.


"Alhamdulillah keadaan sinus saya semakin berkurang, cuma ada sedikit sahaja lagi di bahagian sebelah hidung yang tinggal.



"Masa saya operate dan buka di bahagian hidung doktor dah buang cecair tersebut, tetapi katanya cecair itu akan bergerak. Migrain saya pun sudah semakin baik.


"Saya tak tahu langsung ada sinus, setahu saya anak saya yang Azal tu ada sinus. Masa saya pergi luar negara, cuaca sejuk sehingga buat hidung saya jadi gatal. Kemudian jumpa doktor dia kata itu sinus," katanya lagi.


Selain itu, Zarina turut berkata dirinya enggan mengambil pusing mengenai cakap nakal netizen yang menuduh dirinya membuat pembedahan muka tanpa usul periksa.


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments