Ketika isu rumah tangga Hafidz Roshdi hangat diperbincangkan, ramai yang mengutuk pelakon tersebut atas dakwaan berlaku curang dan kegnasan terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Hafidz, yang berusia 29 tahun, telah menerima banyak sekali makian dan hinaan di pelbagai platform media sosial sebagai tindak balas kepada kejadian yang menimpa Shuhada, termasuk penerimaan "hadiah" seperti penumbuk di wajah.
Namun, terdapat sesetengah netizen yang memihak kepada Hafidz, yang cukup menarik perhatian.
Menerusi perkongsian dari mStar, melalui komen-komen netizen menunjukkan bahawa mereka yang memihak kepada Hafidz telah mula merasa tidak selesa selepas membaca komen-komen yang dianggap terlalu berlebihan dari Shuhada di media sosial miliknya.
Pada awal ketidakharmonian dalam rumah tangga mereka, Hafidz hanya dilihat cuba menutup masalah tersebut untuk menghindari krisis keluarganya daripada disiarkan.
Namun, apabila Shuhada mula membuka mulut dan mendedahkan satu persatu, kebenaran tentang apa yang dilakukan oleh Hafidz terbongkar. Hafidz mengambil keputusan untuk menceraikan isterinya melalui panggilan telefon kerana dia tidak dapat mengawal kemarahan.
“Padan muka. Balasan kepada wanita yang mulut kurang ajar. Tak hormat suami dan kuat provoke. Elok tambah lagi 10 jahit di belah pipi kanan tu.
“Hilang sabarnya. Bila kena provoke berbagai-bagai. Inilah akibat mulut.
“Hang bising-bising dengan suami, dia tension. Kan dah berjahit. Lain kali janganlah bising. Tak suka tinggalkan suami macam tu.”
Begitulah beberapa komen netizen yang merasa tidak senang dengan cara Shuhada mengendalikan isu dalam rumah tangganya sehingga dia membongkar kecurangan Hafidz, termasuk membuat tuduhan bahawa suaminya telah berzina dengan wanita lain.
Malahan, dalam Islam, pasangan dilarang untuk membongkar aib masing-masing, seperti yang dinyatakan dalam Sabda Baginda Rasulullah SAW:
Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau kamu mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya. [HR Tirmizi 1955]
Hadis ini mengajarkan kita untuk menyembunyikan aib kita sendiri dan menutup keaiban orang lain, kerana suatu hari nanti, orang yang melakukan dosa tersebut mungkin akan menjadi baik, bahkan lebih baik daripada kita yang menghakiminya.
Pada 2 Mac yang lalu, perselisihan dalam rumah tangga antara Hafidz dan Shuhada memuncak apabila Hafidz menumbuk isterinya tiga kali dalam satu pertengkaran. Akibatnya, Shuhada mengalami kecederaan pada bahagian kiri mukanya dan memerlukan sepuluh jahitan.
Dua ahli keluarga Shuhada telah membuat laporan polis berkenaan insiden pukulan yang dilakukan oleh Hafidz terhadap isterinya. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar mengesahkan laporan polis tersebut pada hari yang sama dengan kejadian tersebut.
Selepas itu, Shuhada semakin terbuka dalam berkongsi kisah mengenai masalah rumah tangganya yang berlarutan. Dia membuat pengakuan mengenai kecurangan Hafidz dengan seorang wanita bernama Athira Yuhada.
Di sisi Hafidz, beliau berjanji untuk terus menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka meskipun perkahwinan mereka berakhir.
Selepas laporan polis dibuat, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan bahawa pelakon berusia 29 tahun itu telah ditahan pada hari Sabtu, sekitar pukul 12 tengah hari ketika beliau menghadiri Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor.
Hafidz dan Shuhada berkahwin pada 30 April 2016 dan mempunyai dua orang anak iaitu Humairah yang berusia 6 tahun dan Umar yang berusia 2 tahun. Pada 22 Februari, Hafidz melafazkan talak terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing.
Shuhada kemudian memfailkan proses pengesahan talak yang dibuat oleh Hafidz ke mahkamah syariah pada 28 Februari. Kes mereka dijangka akan disebut pada 21 Mac.
Sumber : mStar Online
0 Comments