Ticker

6/recent/ticker-posts

Perempuan Ni La Jugak Maki Mak Aku Sebab Buang Gambar J*s*s, Kata Adik Afiq Muiz

 


Sejak semalam, isu kemelut rumah tangga pelakon Afiq Muiz dan isterinya, Pachara Apin, menjadi tular apabila kedua-duanya dilihat saling mengeluarkan kenyataan di media sosial. 


Terkini, adik kepada Afiq Muiz, Siraj Azman, turut membuka mulut membela abangnya. Beliau memuat naik satu entri di Instagram yang turut memaparkan skrin perbualan yang didakwa antara Pachara dengan individu lain.



Di ruang komen pada kongsian tersebut, adik Afiq mempersoalkan kenyataan Pachara yang mendakwa terpaksa menanggung Afiq yang tidak bekerja.


Menurut adik perempuan Afiq, Pachara telah meninggalkan abangnya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun Afiq sudah membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk isterinya.


Selain itu, adik Afiq juga mendakwa bahawa kakak iparnya pernah memaki ibu mereka kerana ibu Afiq telah membuang gambar Jesus yang hendak diletakkan di dalam rumah Afiq.



Semalam, Pachara  mendedahkan sepanjang berkahwin dia yang terpaksa keluarga bekerja untuk menampung kehidupa mereka suami isteri.


Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Pachara mendakwa sementara dia keluar bekerja Afia hanya menghabiskan masa di rumah dengan bermain game.


Menurut Pachara lagi, dia menyesal menarik semula laporan polis terhadap Afiq berhubung kes dia dipukul kerana percaya pelakon itu akan berubah.


Sumber : Rotikaya

Post a Comment

0 Comments