Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya ajar kekasih berpuasa, rai Aidilfitri, kata Yazmin Aziz

 



Penyanyi Yazmin Aziz tidak merasakan ada halangan apabila menjalin hubungan istimewa dengan Austin Veloso, seorang atlet bola keranjang dari Kanada walaupun terdapat perbezaan agama di antara mereka.


Yazmin Aldwin Abdul Aziz yang berusia 22 tahun, mengakui bahawa beliau sangat menantikan ketibaan bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri bersama Austin.


Menariknya, kekasih Yazmin juga menunjukkan minat untuk lebih memahami agama Islam dengan lebih mendalam dan sering bertanyakan hal-hal berkaitan dengan agama tersebut.



"Austin bukan beragama Islam, tetapi sangat menghormati agama lain. Dia sebenarnya teruja menyambut kedatangan Ramadan dan saya mahu melatihnya berpuasa buat kali pertama.


"Sebelum ini, saya ada menunjukkan video ketika menjalani beberapa perkara dalam bulan Ramadan dengan memakai telekung, sekali gus menimbulkan pelbagai rasa ingin tahu dalam dirinya.


"Saya mahu memperkenalkan budaya dan agama Islam kepadanya. Tahun ini, saya juga akan membelikannya baju raya dan kami akan memakai warna sedondon," katanya kepada BH Online.


Mengulas keperibadian Austin, penyanyi yang mendapat pendidikan muzik termasuk drama dan pidato di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPac) itu berkata, kekasihnya berhati mulia.



Malah, Yazmin berkata, dia tertarik dengan kesungguhan Austin yang menunjukkan keikhlasan dalam perhubungan.


"Apa yang suka sikap Austin adalah boleh menerima saya seadanya. Sebelum berkawan dengannya, saya sudah menerangkan bahawa saya adalah seorang muslim.


"Saya tak tahu kenapa, tetapi kali ini saya dapat merasakan perasaan lain apabila bersama Austin," katanya.


Yazmin yang juga finalis program Big Stage 2022 menyifatkan hubungan dijalin adalah tepat, selain menegaskan tidak mahu membuang masa bercinta dengan lelaki tidak serius.


"Saya rasa hubungan ini akan berkekalan kerana saya sendiri memberitahunya, saya menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki untuk berkahwin. Saya tidak mahu membazirkan masa.


"Jika memang Austin orangnya, sudah semestinya ia bertujuan untuk meneruskan hubungan hingga berkahwin," katanya.


Yazmin pernah bercinta dengan pemain bola sepak, Nixon Guylherme pada Julai 2021, namun mengambil keputusan memutuskan hubungan tiga bulan kemudian.


Perbezaan budaya antara faktor membuatkan mereka memilih tidak meneruskan hubungan cinta.



Sumber : Berita Harian Online

Post a Comment

0 Comments