Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya beli beras, saya beli lauk, kata Puteri Sarah

 


Puteri Sarah memberikan amaran kepada lelaki yang masih menyokong pelakon filem Munafik.


Menurut aktres berusia 38 tahun tersebut, konsep lelaki yang "membeli beras" tidak wujud dalam hidupnya kerana dia bekerja keras setiap hari.


"Kepada penyokong-penyokong lelaki di luar sana yang tegar menyokong Syamsul Yusof itu, yang kata kita beli beras.


Check balik kot! Saya yang beli beras dengan lauk semua."



Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan Puteri Sarah dan Syamsul untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.


Hakim Syarie, Akmaluddin Ilyas memerintahkan ini setelah kes tersebut dipanggil di hadapannya dengan kehadiran kedua-dua pihak.


Dalam prosiding itu, pelakon drama "Melastik Ke Hatimu" diwakili oleh peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, hadir bersama peguam syarie Roshdan Sujak.



Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.


Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan empat tahun yang lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.



Namun, pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.


Setelah pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.


Untuk makluman, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka mempunyai dua anak, Syaikhul Islam dan Sumayyah.


Sumber : OhBulan!

Post a Comment

0 Comments