Walaupun Syamsul Yusof enggan bercerai daripada Puteri Sarah, pelakon tersebut memohon agar suaminya membebaskannya dengan cara yang baik.
Menurut laporan media, Puteri Sarah menyatakan bahawa dia tidak lagi melihat adanya harapan untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.
"Dia (Syamsul) kata masih ada sinar. Sedangkan saya masuk hospital baru-baru ini pun dia tak datang jengok, sinar apa?
@501awani Dia tak nak lepaskan Sarah... Sinar apa? Sinar Harian? - Puteri Sarah Liyana#AWANInews ♬ original sound - 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾
"Saya tak tahu kenapa dia bertindak begitu. Saya terkejut sebab dia pun sudah setahun block nombor saya, dan saya pun sudah setahun tak berjumpa dia. Baru hari ini kami berjumpa semula di sini.
"Just let me go. Dia pun sudah kahwin lain, saya tidak marah malah saya mendoakan kebahagiaan mereka," katanya.
Kemelut dalam rumah tangga pasangan itu masih belum menemui penyelesaian apabila Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan kes mereka dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).
Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas, memutuskan supaya Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, dan Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, melantik wakil masing-masing dalam JKP.
Puteri Sarah telah mengemukakan permohonan penceraian pada 16 Januari lalu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Sumber : AWANI
0 Comments