Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya Harap 7 Mac Ini Saya Akan Dilepaskan Secara Baik, Kata Puteri Sarah

 


Pelakon Puteri Sarah berharap bahawa konflik rumah tangganya dengan suaminya, pengarah terkenal Syamsul Yusof, akan berakhir dengan perpisahan pada 7 Mac ini.


Menurut laporan URTV, Puteri Sarah menyatakan bahawa dia hanya ingin dipisahkan dengan Syamsul secara baik-baik dan ingin terus bergerak maju serta fokus pada kehidupannya selepas ini.


“Tarikh perkahwinan saya pada 8 Mac tapi sejujurnya saya dah tak rasa apa-apa. Cuma saya harapkan nanti sebutan kes di mahkamah, saya akan ‘dilepaskan’. Jadi saya boleh move on.




“Saya harap pada 7 Mac ini saya akan ‘dilepaskan’ dengan cara baik supaya masing-masing boleh fokus untuk hidup dengan haluan sendiri selain saya pun dan sambung semula kerja lakonan.


“Saya yakin 100 peratus bahawa saya akan ‘dilepaskan’. Saya harap pihak sana tidak melengahkan waktu dan cepat-cepat ‘lepaskan’ saya,” katanya.




Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata dia sudah melalukan solat istikharah ketika menunaikan ibadah umrah baru-baru ini dan yakin dengan jawapan tersebut.


“Saya dah buat istikharah ketika tunaikan umrah. Walaupun petanda itu saya tak nampak tapi kalau terima dalam mimpi, saya bersyukur sangat.


“Cumanya, apa yang saya lihat, Allah bantu saya setiap kali nak buat keputusan, semuanya dipermudahkan. Saya sangat yakin, tak ada rasa berdebar atau tak boleh tidur malam,” katanya.




SUMBER  URTV via ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments