Pelawak Mamat Sepah meminta netizen untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai dakwaan adanya perselisihan antara dua sahabatnya, iaitu Shuib dan Jep.
Mamat memilih untuk enggan mengulas lanjut tentang krisis dalaman itu, dan berharap agar kedua rakan baiknya dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan baik dan adil.
“Saya nak komen lebih-lebih pun tak boleh sebab tak ada di pentas mereka kan, tapi mereka sahabat baik saya dan ini satu dugaan untuk mereka sebab selama ni nak sangat jadi popular.
“Saya kenal mereka sebab Shuib dan Jep memang rapat dan tidak mungkin akan bergaduh macam ni sekali, kalau ada tu pun perkara biasa saja, harap jangan la berpecah sebab sakit sebenarnya kalau berpecah macam saya dulu pernah lalui itu,
“Kepada orang di luar atau netizen yang tak tahu cerita jangan tokok tambah atau membuat spekulasi yang bukan-bukan, sebab saya tahu mereka bagaimana,” kata Mamat kepada mStar.
Sumber : mStar Online
0 Comments