Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya khuatir Malaysia jadi seperti Singapura, kata Tun M

 


Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan amaran bahawa Malaysia berisiko menjadi seperti Singapura selepas Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) akibat orang Melayu yang tidak menguasai ekonomi negara dan turut kehilangan kuasa politik. 


Bekas Perdana Menteri dan bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tersebut juga menambahkan bahawa kerajaan yang sedang berkuasa mungkin akan mengubah kawasan pilihan raya, mengakibatkan jumlah kawasan Melayu berkurangan dan jumlah kawasan bukan Melayu bertambah. 


Tun Dr Mahathir berharap agar orang Melayu dapat terus bersatu dan mempertahankan kuasa politik dan ekonomi mereka dalam negara.




"Sedikit sebanyak keadaan ini akan menukar corak kerajaan yang sedia ada pada PRU16 dan pada PRU17 situasi akan lebih teruk lagi.


"Dalam negara kita tidak ada jaminan Perdana Menteri (mesti) orang Melayu dan siapa pun boleh jadi Perdana Menteri. Di waktu ini pun parti-parti Melayu yang ada dalam kerajaan tidak berkuasa dan mereka berpecah kepada tiga buah parti," katanya.


Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas berakhir program Bersama Tun M: Dialog Sepentas Perjuangan Yang Hilang? di Mini Townhall, Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini pada Sabtu.




Program itu julung kali menggandingkan Dr Mahathir sepentas bersama bekas Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamarudin dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar


Dr Mahathir yang juga bekas Ahli Parlimen Langkawi berkata, beliau yakin negara akan tergadai jika orang Melayu tidak berhati-hati memilih pemimpin yang benar-benar memperjuangkan Melayu.


Sumber : Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments