Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya mahu cari pasangan minat Manchester United, kata Amanda

 



Gadis bernama sebenar Amanda Emil Khairul Amry, atau lebih dikenali sebagai Amanda, mempunyai sifat keayuan dan lemah lembut dalam dirinya. Namun, jangan pandang remeh keberaniannya untuk mencuba perkara baharu dan cita-citanya untuk menjadi pakar psikologi kanak-kanak.


Kini, Amanda menceburi bidang seni sebagai seorang pelakon di Malaysia. Meskipun begitu, dia menentang sekeras-kerasnya keganasan yang melibatkan wanita dan kanak-kanak. Amanda mengakui bahawa pengalaman hidupnya di UK dan Malaysia telah mengajarnya erti kehidupan dan membuka matanya terhadap pelbagai jenis perwatakan manusia.


Dalam cita-citanya untuk berada di pentas antarabangsa, Amanda sentiasa berani mencuba lebih banyak perkara. Kepada semua gadis di luar sana, jangan pernah takut untuk bermimpi dan mencapai impianmu!


Ikuti temubual gadis cantik ini bersama kosmo! Ahad


Kosmo! Ahad: Ceritakan mengenai latar belakang anda?

Amanda: Tujuh tahun menetap di London, sejak kecil lagi saya merupakan seorang yang mesra di hadapan kamera dan suka bera­ngan-angan. Seawal usia lima tahun, saya sudah menjadi model pakaian komersial sewaktu menetap di UK sebelum kembali ke Malaysia pada 2011.



Perbezaan tinggal di UK dan Malaysia?

Setiap tempat ada kelebihan masing-masing seperti di UK, cara mengenali seseorang, berkomunikasi, budaya, suasananya sangat berbeza.




Cabaran yang paling di­ingati?

Pada awal berpindah ke Malaysia agak susah untuk bertutur dalam Bahasa Melayu. Saya faham apa yang diperkatakan seseorang, tetapi untuk membalas balik agak perlahan sebab takut salah apa yang dituturkan. De­ngan bantuan kawan dan keluarga, dalam masa sekejap, saya boleh menguasainya.


Mengapa pilih lakonan sebagai kerjaya?

Saya sebenarnya lebih cende­rung ingin menjadi pakar psikologi kanak-kanak. Tetapi kerana minat berlakon, saya menerokainya sedikit demi sedikit dan kini masaih dalam proses belajar. Ia satu cabaran yang besar dalam hidup saya setakat ini.


Masih belajar lagi sekarang?

Saya akan me­nyambung pelajaran bagi ijazah sarjana muda di International University of Malaya-Wales dalam bidang psikologi. Saya ambil bidang ini sebab sangat teruja apabila berdepan de­ngan kanak-kanak. Saya kini mendisiplinkan diri untuk menguruskan masa antara belajar dan dunia lakonan.


Bagaimana layanan diterima di set lakonan?

Di set penggambaran, saya selalu dipanggil ‘adik’ dan semua yang bersama saya akan saya hormat seperti abang dan kakak. Bergurau itu biasalah kita pun kadang-kadang ‘kacau’ mereka juga.


Fakta menarik tentang Amanda?

Walaupun saya ada seorang abang dan adik lelaki, tetapi saya paling berani berbanding mereka. Sebagai contoh, adik pernah terjumpa labah-labah dan orang pertama dia minta tolong me­ngalihkannya adalah saya. Saya juga seorang yang penuh rasa ingin tahu mengenai sesuatu perkara.



Impian yang dihajati?

Impian saya untuk melebarkan karier seni hingga ke peringkat antarabangsa.


Ciri-ciri lelaki idaman?

Saya lebih tertarik kepada lelaki yang beragama, pandai dan bonus kalau ‘sedap mata memandang’. Paling penting, dia mesti penyokong kelab bola sepak Manchester United. Bagaimanapun terlalu awal untuk saya memikirkan soal pasa­ngan kerana masih banyak perkara perlu dilakukan.


Pandangan Amanda tentang berkawan?

Syukur setakat ini dikelilingi dengan rakan-rakan yang baik dan sentiasa ada bersama. Berkawan biarlah ramai, tetapi yang betul-betul rapat itu biarlah beberapa orang sahaja. -KOSMO! ONLINE

Post a Comment

0 Comments