Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya Masih Abah Kepada Anak-Anak Saya, kata Hafidz Roshdi

 


Hafidz Roshdi, seorang pelakon terkenal, mengambil pendirian untuk memastikan kesejahteraan kedua anaknya, Humairah dan Umar, tetap menjadi keutamaannya.


Menurut Hafidz, dia berazam untuk terus bekerja keras mencari nafkah yang halal dan seterusnya memberikan kasih sayang yang tidak terhingga kepada anak-anaknya. 


Dia mempunyai tanggungjawab besar sebagai seorang bapa dan berharap dapat memberikan yang terbaik buat mereka.




"Saya masih lagi abah kepada anak-anak saya. Kesejahteraan dan keselamatan mereka adalah objektif utama hidup saya.


"Saya juga ingin terus mencari nafkah yang halal untuk tidak mengabaikan tanggungjawab saya terhadap mereka," tulisnya menerusi hantaran di Instagram.


Tambah Hafidz lagi, justeru dia memohon orang ramai agar menghormati urusan dan keputusannya demi keselamatan semua pihak.




"Saya memohon jasa baik bagi mana-mana pihak untuk menghormati urusan dan keputusan saya demi kesejahteraan dan keselamatan keluarga masing-masing," pesannya.


Dalam hantaran sama menerusi surat terbuka kepada Shuhada, Hafidz percaya masih ada ruang perdamaian antara kedua-dua belah pihak.


"Kepada Abah, Mak, kedua-dua Mertua dan seluruh keluarga saya, Hafidz memohon jutaan kemaafan kerana secara langsung atau tidak sengaja atau tidak, telah melibatkan semua di dalam urusan dan is rumahtangga Hafidz.




"Apapun saya percaya ruang perdamaian masih terbuka. Semoga kesejahteraan dan keselamatan kita semua di bawah lindungan Allah SWT," tulisnya.


Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada telah bercerai talak satu pada 23 Februari lalu.


Sumber :GEMPAK

Post a Comment

0 Comments