Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya Mengaku Buat Hidung, Bibir Dan Kecilkan Rahang, kata Fara Mendoza

 


Pelakon, model dan pempengaruh terkenal, Fara Mendoza mengakui bahawa beliau pernah menjalani prosedur kecantikan pada wajahnya, terutamanya pada bahagian hidung, bibir dan tulang rahang.


Fara menjelaskan bahawa beliau tidak mahu menjadi hipokrit terhadap pengikutnya di media sosial dan ingin terbuka berkongsi mengenai kecantikan dan prosedur yang dilakukannya.


"Saya tak nak jadi ‘fake’. Saya selesa jadi diri sendiri. Apa yang saya lakukan, saya senang untuk berkongsi dengan pengikut di media sosial.


"Kalau ada yang kata saya ‘buat hidung’ misalnya. Biarlah saya punya duit. Memang saya buat hidung (Rhinoplasty), bibir apa semua.


"Lagi pula saya memang seorang yang suka berkongsi. Kalau orang tanya saya akan cakap benda yang betul. Lebih bersikap terbuka untuk berbuat demikian.




"Saya beginilah… Kalau tak suka, saya akan cakap tak suka dan begitu juga sebaliknya," ujarnya ketika ditemui di majlis A Night With Rozita Che Wan, di Glam Hall Damansara baru-baru ini.


Enggan mendedahkan kos rawatan yang pernah dilakukan, tambah Fara dia bagaimanapun memperuntukkan sejumlah wang untuk penjagaan diri setiap bulan.


"Saya tak dapat nak anggarkan berapa kos rawatan kosmetik yang saya lakukan, cuma itulah kita sentiasa rasa nak cantik. Yang pasti setiap bulan saya memang sediakan peruntukan untuk penjagaan diri.


"Bagi saya kecantikan itu penting. Kita cantik bukanlah untuk nak dapatkan perhatian lelaki tapi adalah untuk kepuasan diri. Setelah kita penat berkerja, apa salahnya untuk kita manjakan diri sendiri pula.




"Tak kisahlah orang kata kalau dulu lain, ini memang diri saya," tambahnya yang turut mengaku pernah melakukan rawatan mengecilkan rahang.


"Saya masih lagi berlakon sebenarnya. Kadang-kadang kalau rasa rindu nak berlakon barulah saya ambil tawaran. Tak adalah saya berhenti terus, cuma sekarang fokus itu lebih kepada bisnes produk sendiri, Awas.


"Malah saya baru sahaja selesai jalani penggambaran drama berjudul Topeng. Setakat ini mana tawaran yang saya rasa mampu untuk beri komitmen saya akan terima.


"Selebihnya saya ambil tawaran untuk buat review promosi di media sosial," katanya lagi.


Sumber : Gempak

Post a Comment

0 Comments