Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya salam sebab terpaksa, agak biadap kalau tak sambut salamnya, kata Sharifah Rose

 


Sharifah Rose menjadi perbualan netizen kerana tidak senang melihatnya bersalaman dengan artis Thailand, Bright Vachirawit, dalam satu acara promosi produk penjagaan kulit baru-baru ini. 


Netizen berpendapat tindakan pelakon berusia 25 tahun itu tidak sesuai dengan penampilannya yang bertudung dan berharap agar Rose menjaga batas. 


Namun, Rose menjelaskan bahawa dia bersalaman dengan artis berkenaan kerana tidak mahu bersikap biadap dan sudah menerima huluran tangan terlebih dahulu.




Rose berkata dia awalnya hanya melambai sahaja namun artis berkenaan menghulur tangan dan dia terpaksa menyambut sebagai tanda hormat.


"Masa itu saya hanya lambai saja tapi dia yang hulur tangan untuk salam. Saya rasa agak biadab jika tidak menyambut salamnya kerana dia mungkin tak tahu budaya kita kan.


"Jadi saya sambut tangan dia sebagai menghormati. Saya pun tidaklah berlebih-lebih. Saya sambut tangan dia pun sebab dia hulur," katanya.


Rose telah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di acara Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 dan Raya 2023 di Kuala Lumpur baru-baru ini.




Dia menjelaskan lebih lanjut mengenai tindakannya, menyatakan bahawa dia tidak ingin bersikap kasar terhadap artis tersebut dan memilih untuk bersalaman kerana telah diberikan tangan terlebih dahulu.


Rose juga menyatakan bahawa dia sudah terbiasa menjadi perhatian netizen kerana tindak tanduknya.


"Saya rasa biasalah netizen semua benda nak pertikaikan. Asalkan bagi saya benda itu tidak berlebihan, hanay salam sebab menghormati saja," katanya lagi.


Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments