Amelia Henderson telah membalas kritikan seorang individu yang menghina dia dengan panggilan "janda" di media sosial.
Ini berlaku selepas individu tersebut memuji kebolehan Amelia yang sangat berbakat dengan IQ setinggi 180. Namun, warganet yang tidak bertanggungjawab memberikan komen yang tidak beretika dengan menambahkan label "janda" kepada keperibadiannya.
Amelia menolak panggilan tersebut dengan kuat dan menganggapnya sebagai suatu bentuk kebiadapan. Dia memohon kepada orang ramai untuk lebih menghargai dan menghormati wanita bekerja dalam industri seni tanpa mengira status peribadi mereka.
"Apa masalah besar, saya pernah berkahwin dan rasa baik-baik sahaja.
"Saya sangat benci perkataan 'janda'. Saya mohon boleh atau tidak sekiranya berhenti merendahkan wanita dengan melabel mereka berdasarkan status untuk tahun ini?
"Saya adalah pelakon, model, pengacara, penerbit dan penari yang pernah memenangi anugerah selama 27 tahun.
"Janda adalah cara paling biadap dan tidak menarik untuk menggambarkan diri saya," bidasnya.
Sekadar info, Amelia pernah mendirikan rumah tangga bersama Tunku Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar pada 14 Ogos 2015 yang juga anak saudara Sultan Kedah. - XTRA
0 Comments