Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya sedar banyak musuh, ada pihak sengaja nak jatuhkan… tak terkesan tuntutan RM59 juta, kata Vida

 



Usahawan Datuk Seri Vida terkejut dengan tuntutan sebanyak RM59 juta yang dibuat oleh 41 pelabur pelaburan mata wang kripto terhadapnya. Beliau mengakui bahawa beliau baru mengetahui mengenai perkara tersebut pada Jumaat yang lalu. 


Vida atau Hasmiza Othman enggan memberi sebarang komen mengenai tuntutan tersebut dan memilih untuk menyerahkan sepenuhnya kepada peguam untuk mengambil tindakan susulan.


"Saya sendiri tak tahu secara terperinci apa tuntutan mereka. Malah saya baru sahaja tahu hal ini selepas dimaklumkan beberapa pihak.


"Jadi lebih baik sekiranya berurusasn dengan peguam saya. Biarlah pihak peguam akan jawab.


"Saya tak boleh komen lanjut perkara ini sebab melibatkan undang-undang. Biarlah saya bincang dengan peguam dahulu," katanya kepada mStar.



Datuk Seri Vida telah memberikan ulasan mengenai tuntutan RM59 juta yang dibuat oleh 41 pelabur mata wang kripto terhadapnya semasa ditemui pada majlis pelancaran lagu terbaharu anak perempuannya, Cik B, bertajuk Doakan di Pavilion Kuala Lumpur. 


Walaupun Vida tidak dapat memberikan komen mengenai tuntutan tersebut, beliau mengatakan bahawa ia mungkin dilakukan untuk merosakkan reputasinya dan perniagaannya. 


Walau bagaimanapun, Vida menyatakan bahawa dia secara peribadi tidak terjejas dengan tuntutan tersebut.


"Saya dah lama dalam industri perniagaan dan sosial media. Saya tahu ramai yang tak suka saya. Saya tahu saya banyak musuh.


"Jadi tak mustahil ada orang yang cuba nak jatuhkan saya. Mungkin mereka sakit hati atau cemburu.


"Memanglah terkejut dengan berita itu tapi saya tak terkesan pun. Saya masih bertahan dalam perniagaan," jelasnya.


Dalam masa Vida juga terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan pihak terlibat sekiranya mereka mahu bersemuka meskipun tidak pernah ada mana-mana pihak menghubunginya.




Kata Vida, dia sentiasa berada di dalam negara malah mereka boleh mencarinya di media sosial.


"Mereka tidak ada menghubungi saya pun, malah boleh sahaja cari saya di media sosial. Saya pun sentiasa ada di Malaysia," ujarnya.


Pada pagi Jumaat, 41 pelabur yang terlibat tampil di sidang media khas menuntut agar Datuk Seri Vida membayar wang pelaburan yang dilakukan menerusi Lavida Coin (DSV Crypto Club, LUX Galaxies dan VI Profit Galaxy). Mereka mendakwa bahawa wang pelaburan dan keuntungan yang dijanjikan tidak dipulangkan kepada mereka sejak tahun 2018.


Mohammad Izwan Azmi dari Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates yang mewakili kesemua plaintif menyatakan bahawa writ saman dan pernyataan tuntutan telah diserahkan kepada Vida sebagai defendan pertama pada 15 Disember 2022 di Empire Beauty DSV, Angsana Mall, Ipoh, Perak.


Bagaimanapun, Vida dan tiga defendan lain gagal menghadirkan diri ke mahkamah untuk menyelesaikan kes tersebut.


Pada Ogos 2018, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyenaraikan Lavida Coin (DSV Crypto Club, LUX Galaxies dan VI Profit Galaxy) dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan. Senarai Amaran Pengguna Kewangan itu merujuk kepada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan mengikut undang-undang serta peraturan yang ditadbir oleh BNM.


Sumber : mStar Online


Post a Comment

0 Comments