Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya takkan beri 'job' kepada Hafidz Roshdi, kata Datuk A Aida

 


Datuk A Aida, seorang penerbit terkenal, enggan memberi peluang kepada Hafidz Roshdi untuk berlakon dalam drama atau filem yang dihasilkan oleh syarikatnya, A Aida Production, disebabkan kontroversi yang melibatkan aktor tersebut.


Zaidah Awang, nama sebenar Datuk A Aida, membuat keputusan tersebut kerana sentimen masyarakat yang menentang perilaku Hafidz. Selain itu, beliau tidak mahu tindakan tersebut memberi kesan buruk kepada drama atau filem yang dihasilkan oleh syarikatnya jika Hafidz dipilih untuk berlakon.


"Bagi saya, apa yang dilakukan (Hafidz) menyentuh sensitiviti masyarakat. Jadi, ini akan membuat penonton beremosi. Ini tidak bagus untuk syarikat produksi saya andai perkara seumpama itu terjadi.


"Jadi, saya tidak akan ambil pelakon seperti dia. Kalau dia ada, drama saya mungkin tiada 'rating'. Ini salah satu kemungkinan sahaja. Sama ada drama itu 'meletup' atau dikecam. Disebabkan itu, saya mahu elak," katanya kepada BH Online.




Hafidz Roshdi dilanda kontroversi setelah isu rumah tangganya menjadi perbualan hangat di media sosial susulan isu curang.


Pada hari Khamis lalu, isteri Hafidz, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29 tahun, membuat laporan di Balai Polis Jinjang, Kuala Lumpur, mendakwa ditumbuk beberapa kali oleh suaminya sehingga mengalami kecederaan pada bahagian mata semasa berada dalam kereta di R&R Sungai Buloh.


Hafidz dikatakan menceraikan isterinya melalui talak satu pada 23 Februari lalu.


Kini, Datuk A Aida, seorang penerbit popular, enggan menawarkan Hafidz Roshdi peluang berlakon dalam drama atau filem terbitan syarikatnya, A Aida Production, atas sentimen ditunjukkan masyarakat. 


Bagaimanapun, Aida sedia menimbang semula peluang menawarkan pekerjaan kepada Hafidz jika beliau menyesal atas perbuatannya. 


Aida juga memberi peluang kepada pelakon sensasi beraksi dalam projek syarikat produksinya bergantung kepada masalah yang menghalang mereka.





"Seperti sekarang, Ismail Izzani sedang menjayakan penggambaran bersama syarikat produksi saya. Untuk hal ini, saya tiada masalah.


"Apa yang saya tahu, masalah Ismail bersifat peribadi. Namun, kalau masalah artis membabitkan orang lain seperti mengasari wanita dan menyentuh sensitiviti masyarakat, saya tidak akan ambil berlakon.


"Ismail bagi saya, pelakon yang bagus. Setiap hari dia datang ke lokasi penggambaran tepat pada waktunya. Dia tiada masalah dan sanggup belajar.


"Misalnya, dalam menguasai bahasa isyarat, kita panggil guru untuk Ismail belajar dan dia cepat 'tangkap'," katanya.


Dalam perkembangan lain, A Aida berkata, syarikat produksinya giat menyiapkan penggambaran untuk saluran Salam HD.


"Saya menjadi penyedia kandungan di mana saya dipertanggungjawabkan Telekom Malaysia Berhad untuk mengendalikan saluran Islamik di Unifi TV iaitu Salam HD.


"Saya buat semuanya. Jadi, dalam sebulan, kami buat penggambaran untuk lima hingga enam judul. Disebabkan sibuk dengan Salam HD, bagi stesen lain, saya hanya buat untuk TV3," katanya.


Sumber : Berita Harian Online

Post a Comment

0 Comments