Ticker

6/recent/ticker-posts

Sebijik Macam Elfira Loy! Netizen Tergamam Lihat Hasil Air Tangan Alha Alfa Make Over Ratu Farah Diva

 


Video transformasi solekan Ratu Farah Diva oleh Datuk Alha Alfa semalam memikat perhatian netizen di media sosial. Dalam video yang tular di platform TikTok, Ratu Farah Diva dipersolekkan dengan gaya solekan ala puteri oleh jurusolek terkenal itu.


Rata-rata netizen terpesona dengan hasil solekan Ratu Farah Diva yang dianggap cantik seperti pelakon Elfira Loy. Dalam video tersebut, kedua-dua individu itu juga nampak berbincang dan bergurau sepanjang proses solekan di siaran langsung platform tersebut.


@ratufarahdiva smoga dimudahkan urusan kami ♥️🥰 doakan kami #teamratudiva #teamhurhar #ceoofpickuplines #sikokbagiduoratu ♬ CASABLANCA - Nuha Bahrin & Naufal Azrin


Selain dipersolekkan cantik, Ratu Farah Diva turut diberikan tiara untuk menambah seri pada penampilannya. Video tersebut telah menjadi tular dan menarik pelbagai reaksi dan komen positif daripada netizen.


Sudah menjadi trademark Ratu Farah Diva ialah berbalas pick up line dengan Alha Alfa, dan ianya telah mencuit hati netizen.




Kejayaan ini telah diakui oleh netizen yang memuji sentuhan Alha Alfa yang luar biasa. Mereka juga menyatakan bahawa penampilan Ratu Farah di platform digital telah berubah dengan pesona yang lebih menawan setelah riasan wajah tersebut.


"Cantik make up! Lain betul penangan Alha Alfa.


"Alha Alfa make up Ratu paling lawa di antara semua yang pernah make up Ratu.





"Cantiknya Ratu. Memang cantik kalau kena dengan make up nya.


"Tak lama lagi mesti Ratu pakai braces dan dia upgrade lain lagi. Aaa lawa!" tambah netizen lagi.


Sumber : GEMPAK


Post a Comment

0 Comments