Ticker

6/recent/ticker-posts

Shuhada Cakap Ada Bukti Perbuatan Maksiat, Dakwa Hafidz Kantoi ‘Check In’ Hotel?

 


Nurul Shuhada tidak hanya mengalami pengkhianatan, malah dia juga menghadapi penderaan fizikal apabila suaminya, Hafidz Roshdi, menumbuknya sebanyak tiga kali hingga menyebabkan beliau menerima 10 jahitan.


Shuhada mengakui ujian yang diberikan oleh Allah kali ini sangat berat, namun dia tetap mahu menghadapinya dan meneruskan hidup bersama anak-anaknya. Dia tidak akan lagi memikirkan kejadian lalu dan terus berusaha ke hadapan.


Baru-baru ini, gambar yang dimuat naik oleh Athirah pada bulan Februari telah menjadi viral di media sosial, membangkitkan pelbagai persoalan dari netizen.


Gambar itu menunjukkan kaki Athirah bersama seorang jejaka yang dikatakan sebagai Hafidz semasa mereka berada di pantai.


Bagaimanapun, di ruang komen Instagram Shuhada, ada individu yang bertanya mengenai gambar tersebut. Tanpa menyembunyikan apa-apa, Shuhada seakan memberikan gambaran bahawa gambar tersebut adalah milik Athirah dan Hafidz.



“Gambar kaki yang tepi pantai tu kaki depa berduakan? Agaknya ke manalah depa cuti-cuti honeymoon hari tu,” tulis individu berkenaan.


“PD (Port Dickson).. Boleh la check booking name under si sana,” jawab Shuhada.




Shuhada turut mendedahkan bahawa dia mempunyai bukti mengenai perbuatan maksiat mereka tetapi dia memilih untuk menyerahkan semuanya kepada Sang Pencipta.


“Kalau nak sembang pasal dosa mereka dengan Allah, berzina, bermaksiat, menipu, mempersendakan agama dengan mandi wajib bersamalah dan sebagainya, itu semua I have the proof.


“Tapi itu dosa mereka dengan Allah, biarlah Allah hukum mereka seburuknya, tapi dosa mereka dengan saya dan anak-anak… carilah kami di Padang Mahsyar kelak.


“Kami takkan pernah memaafkan, ia terlalu sakit, hanya Allah yang maha mengetahui segala sesuatu perkara,” tambahnya di ruangan komen tersebut.




Sementara itu, Shuhada juga mengungkapkan bahawa permohonan maaf dari Athirah yang berjanji tidak akan menghubungi Hafidz lagi adalah tipuan kerana mereka masih berhubungan.


“Dia takut. Dia rasa dialah paling hebat planning dan berahsia. Dia lupa ada yang maha hebat dekat atas sana.


“Dia takut bila kantoi for the seond time. Dia takut tiba-tiba viral yang even si sana dah janji never contact segala mak nenek tapi hanyalah hidup dalam penipuan.


“Itu yang sebenarnya, tak ada issue provokasi.. Hanya kerana takut dengan bayang dan kesalahan sendiri,” tambah Shuhada.



SUMBER : XTRA

Post a Comment

0 Comments