Ticker

6/recent/ticker-posts

Shuhada Jawab Surat Terbuka, Hafidz Roshdi Sebenarnya Sudah Nikah Dengan Athira

 


Hari ini kecoh di media sosial apabila viral satu hantaran yang dikatakan merupakan satu luahan terbuka dari pelakon terkenal Hafidz Roshdi yang ditujukan khas kepada Nurul Shuhada.


Melalui akaun Instagram, aktor kacak berbadan sasa itu telah memuat naik surat terbuka dan menuntut Shuhada melakukan permohonan maaf kepada beliau dan keluarganya.


Tidak berdiam diri, Shuhada juga telah melakukan perkara yang sama, dengan memuat naik kenyataan balas terhadap surat terbuka yang diterima daripada Hafidz.






Ibu kepada dua orang anak tersebut tidak berdiam diri dan menerangkan bahawa tindakannya sebelum ini, di mana beliau memuat naik pelbagai kenyataan di media sosial, dilakukan tanpa pengetahuan mengenai undang-undang.


Melalui artikel yang diterbitkan di laman web Beautifulnara, Shuhada juga menyatakan kekecewaannya kerana dibelakanginya, beliau telah mengorbankan masa depannya untuk menjadi suri rumah sepenuh masa dan menjaga suami serta anak-anaknya.


Beliau turut menyatakan bahawa apa yang telah berlaku, yang menyebabkan beliau memutuskan untuk berpisah, berlaku tanpa pengetahuannya, tetapi keluarga suami beliau mengetahuinya dan membenarkan kejadian tersebut berlaku.


Saya terasa dikhianati, semuanya berlaku tanpa pengetahuan saya. Tetapi dengan pengetahuan keluarga Hafidz iaitu membenarkan Hafidz berkahwin tanpa izin saya.”


















Sumber : instagram via beautifulnara


Post a Comment

0 Comments