Beberapa hari yang lalu, menjadi perbualan hangat di media sosial apabila pengarah terkenal Syamsul Yusof enggan memberikan perceraian kepada isteri pertamanya, Puteri Sarah.
Puteri Sarah juga memohon agar suaminya bersetuju untuk menceraikannya kerana mereka tidak dapat menyelesaikan masalah mereka dan sudah lama tidak hidup sebagai suami isteri.
Pada masa yang sama, melalui perkongsian di Insta Story, Puteri Sarah dikatakan telah menerima mesej daripada seseorang yang mendakwa rakan mereka mengenali Ira Kazar.
Individu itu mendakwa Syamsul mahu bercerai namun enggan berbuat sedemikian kerana takut Puteri Sarah akan menuntut harta sepencarian.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan dakwaan daripada individu berkenaan adalah benar merupakan kenalan kepada isteri kedua pengarah itu.
Sumber : ROTIKAYA
0 Comments