Baru-baru ini viral satu video di media sosial yang memaparkan seorang gadis yang menangis terharu tatkala menerima hadiah sebungkus roti daripada bapanya sempena hari ulang tahun kelahiran, baru-baru ini.
Seorang gadis yang menggunakan akaun @syashawtyy di TikTok menangis terharu bukan kerana nilai roti coklat yang diterimanya, tetapi kerana bapanya tetap berusaha memberikan sesuatu mengikut kemampuannya.
Terdapat juga sekeping nota ringkas yang ditulis tangan kepada anak gadisnya yang sangat menyentuh hati.
“Selamat ulang tahun! Ayah cuma cukup (mampu) belikan ini. Dimakan dik, kalau ada rezeki ayah belikan yang mahal ya.
“Ayah pulang malam nanti, jaga adik!”, demikian tulisan si bapa mengiringi hadiah sebungkus roti coklat untuk anaknya itu.
Berdasarkan bahasa yang digunakan, difahamkan kisah dua beranak ini berlaku di negara seberang, Indonesia namun turut tular dalam kalangan pengguna TikTok di Malaysia.
Meninjau di ruangan komen, ramai menyifatkan gadis berkenaan sangat bertuah kerana memiliki seorang bapa yang sangat prihatin dan penyayang terhadapnya.
Kata mereka, memiliki bapa yang mengingati tarikh hari lahir seorang anak dan berusaha untuk menghadiahkan sesuatu merupakan satu anugerah terindah.
“Ini adalah sangat mahal kerana tak semua anak dapat benda (momen) ini.
“Ini sudah cukup untuk menitiskan air mata lelaki!
“Kalau aku, aku peluk roti tu!,” komen warga maya pada video yang meraih lebih 1.4 juga jumlah tontonan tersebut.
Sumber : mStar Online
0 Comments