Ticker

6/recent/ticker-posts

Terima cincin dan bunga dari seseorang, Zarina Anjoulie nafi sudah berbaik semula dengan bekas tunang

 


Setelah tersebarnya video di media sosial, Zarina Anjoulie menafikan desas-desus bahawa dia kembali menjalin hubungan dengan bekas tunangnya, Datuk Khazrul Elzey.


Zarina menyatakan bahawa sekuntum bunga mawar merah yang diterimanya bukan daripada bekas tunangnya, tetapi diberikan oleh individu lain.


"Saya hanya ingin membuat penjelasan apabila viral cerita kononnya saya kembali bersama bekas tunang. Berita itu sama sekali tidak benar kerana kami hanya berkawan.


"Ini rentetan gambar cincin dan bunga yang dimuat naik oleh saya tetapi sebenarnya dihadiahkan oleh orang lain, bukan dia.




"Bagaimanapun, saya dan bekas tunang masih lagi berkawan. Malah, dia juga melayan saya dengan baik. Saya gembira persahabatan ini terjadi dengan baik dan kami juga tidak bergaduh-gaduh.


"Jadi, kalau orang melayan kita dengan baik, maka kita pun seharusnya melayan dengan baik juga. Tak semestinya putus tidak boleh berkawan. Tak semestinya jika putus akan kembali bersama," katanya.


Pempengaruh media sosial itu juga mengucapkan terima kasih kepada peminat yang prihatin terhadap dirinya.


Dia menyatakan bahawa mereka berdua telah meneruskan hidup masing-masing selepas berpisah.


Zarina tidak ralat untuk berkongsi kisah peribadinya di media sosial dan mengakui bahawa dia milik masyarakat serta terbuka untuk berkongsi dengan orang ramai.




"Terima kasih sangat kepada semua yang prihatin. Cuma kami berdua sudah tiada apa-apa ikatan lagi. Malah, kami juga sudah meneruskan kehidupan masing-masing.


"Apa-apa pun, saya tetap menjadi milik netizen," katanya.


Untuk rekod, perselisihan antara Zarina dan Khazrul akhirnya mencapai titik terang setelah mantan tunangannya meminta maaf secara terbuka baru-baru ini.


Menurut Zarina, dia berharap konflik antara mereka tidak akan berlanjut lagi karena dia berharap hubungan persaudaraan mereka kembali menjadi baik.


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments