Ticker

6/recent/ticker-posts

Tiada lagi persefahaman, Diana Danielle fail cerai terhadap Farid Kamil

 


Pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil, pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan perbalahan yang berpanjangan. 


Pagi ini, permohonan cerai itu telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari. 


Namun, Farid, atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, enggan melafazkan cerai tersebut. 



Di samping itu, diketahui bahawa pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.


Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam usaha menyelesaikan isu yang dihadapi.




Permohonan cerai itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini setelah menjalani proses JKP tersebut.


Sebagai makluman, Farid Kamil dan Diana Danielle telah berkahwin pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang anak, Muhammad (9 tahun) dan Nur Aurora (6 tahun), hasil perkongsian hidup mereka selama hampir satu dekad.


Sumber : Kosmo! Online

Post a Comment

0 Comments