Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila Jep tampil memberikan penjelasan apa yang sebenarnya berlaku dan bagi menghentikan 'sinetron' yang telah berlaku dalam kumpulan sepahtu.
Dalam satu posting di Instagram, Jep menceritakan mengapa Shuib tidak muncul dalam rancangan Sepahtu Live Reunion (SRL).
Tidak mahu netizen keliru dengan cerita dari sebelah pihak sahaja, ibu Shuib iaitu Salamiah Jalani mendedahkan punca mengapa anaknya jauh hati. Sebagai ibu, dia tergerak hati untuk mempertahankan anaknya dan menyokong keputusan Shuib untuk tidak menyertai SRL.
Katanya, keputusan itu lebih baik daripada anaknya terus ditindas dan diperlakukan seperti orang yang tidak memiliki maruah.
Ibu Shuib juga mempersoalkan di mana "sahabat-sahabat" beliau berada pada saat anaknya menghadapi tekanan.
Beliau mendakwa bahawa "sahabat-sahabat" tersebut sebaliknya memaki dan menghina Shuib di hadapan orang ramai.
Tambahnya lagi , semasa disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Shuib dilayan seolah-olah dia sudah bersalah oleh 'sahabat'nya itu.
Ibu Shuib menjelaskan bahawa jawapan Shuib sering berubah ketika ditanya oleh wartawan kerana masih ingin melindungi aib seseorang dari terdedah.
Shuib memberikan alasan bahawa dia tidak hadir dalam rancangan SRL kerana harus pergi ke syarikat TV, tetapi itu bukanlah punca utama.
Sumber : Ohmedia
0 Comments