Ticker

6/recent/ticker-posts

Video hanya sekadar gurauan, Ubai nafi dakwaan bakal kahwin dengan Shila Amzah

 


PERJELAS SALAH FAHAM - UBAI NAFI DAKWAAN BAKAL KAHWIN DENGAN SHILA AMZAH, VIDEO TULAR ITU HANYA GURAUAN


Kehidupan selebriti seringkali menjadi sasaran tumpuan media dan penggemar. Namun, seiring dengan perkembangan teknologi dan media sosial, tumpuan ini semakin meningkat dan menjadi lebih mudah tersebar luas. 


Hal ini boleh menjadi beban yang besar bagi selebriti yang terlibat dan seringkali membawa kesan negatif terhadap reputasi mereka.


Dalam kes Ubai dan Shila Amzah, mereka telah membuktikan bahawa kadang-kadang apa yang kita lihat di media sosial bukanlah satu-satunya kenyataan. Ada banyak faktor yang perlu diambil kira, termasuk konteks dan niat di sebalik kenyataan tersebut.


"Sebenarnya tentang hal itu, saya hanya berseloroh sahaja bersama peminat, tak sangka pula ada sesetengah portal dan blogger mengambil serius tentang perkara tersebut.


"Walhal ketika sesi siaran langsung itu sendiri saya sudah memberitahu bahawa perkara itu hanyalah gurauan semata-mata," ujarnya pempengaruh media sosial, Ubai yang menafikan dakwaan bakal berkahwin dengan teman rapatnya, penyanyi Shila Amzah.





Malah, Ubai turut menegaskan bahawa sekiranya mereka berjodoh dan hal itu benar-benar terjadi, mereka akan memaklumkan berita tersebut sendiri untuk mengelakkan fitnah daripada pihak lain.


"Saya berseleroh seperti itu kerana ada yang bertanya bila akan berkahwin jadi kami pun menjawab tak Sabtu, Ahad sambil ketawa.


"Itu sahaja, tiada apa-apa yang serius pun sebenarnya. Andai kata kami ingin mendirikan rumah tangga, kami sendiri akan mengumumkannya.


"Kerana tujuan perkahwinan itu juga adalah untuk menguar-uarkan dan mengelakkan fitnah," jelasnya.


Dalam pada itu, Ubai telah ditanya sama ada dia berasa rimas kerana sering menjadi perhatian netizen, ini katanya:






"Saya rasa agak kurang selesa apabila setiap kali kami melakukan sesi siaran langsung mahupun IG Stories pasti ada yang ambil dan mereka mengolah cerita tanpa mengetahui hal sebenar.


"Sedangkan seperti yang orang ramai tahu, saya sebenarnya seorang yang suka bergurau dan setiap kali bergurau saya akan memberitahu bahawa perkara yang disebutkan itu adalah gurauan. Jadi janganlah ambil serius," tuturnya.


Sebelum ini, dalam siaran langsung di Instagram, Shila secara bergurau berkongsi mengenai persiapan majlis perkahwinan mereka nanti.


Video itu menyebabkan netizen tertanya-tanya, sama ada mereka bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.


Oleh itu, sebagai pengguna media sosial, kita harus berhati-hati dalam menilai sesuatu kenyataan yang kita lihat. Sebelum membuat kesimpulan, kita perlu memahami fakta dan konteks di sebalik kenyataan tersebut. Kita juga perlu menghargai privasi selebriti dan tidak terlalu terbabit dalam isu-isu yang tidak jelas.


Sumber : artismalaysia | myartis.com



Post a Comment

0 Comments