Hari ini kecoh di media sosial apabila pelakon terkenal, Hafidz Roshdi dikatakan telah menumbuknya isteri. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh pihak keluarga Shuhada dan laporan polis berhubung kejadian tersebut juga sudah dibuat.
Namun tidak lama selepas itu, Pelakon Hafidz Roshdi kelihatan tenang ketika memuat naik satu hantaran video di laman Instagram untuk mempromosikan sebuah produk vitamin untuk kanak-kanak.
Video tersebut menunjukkan pelakon berusia 29 tahun itu bertemu dengan beberapa anak sebelum memberikan dua anak itu untuk merasai kelazatan vitamin tersebut.
Pelakon drama "Melastik Ke Hatimu" juga menggunakan beberapa hashtag seperti #AbahMithali #DudaAnak2 #persatuandudaseanterodunia #kitabeliberas dalam hantaran tersebut, menarik perhatian para pengikutnya.
Namun, beliau memutuskan untuk menutup ruangan komen setelah beberapa hari dihujani kritikan dan kecaman oleh warganet.
Sebelum ini, ahli keluarga mengesahkan bahawa isteri Hafidz, Nurul Shuhada Mat Shukri, didakwa ditumbuk oleh pelakon tersebut selepas bertengkar berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) di Sungai Buloh, Selangor, awal pagi tadi.
Akibat kejadian tersebut, Nurul Shuhada mengalami kecederaan pada bahagian wajah dan terpaksa menjahit lukanya.
Selain itu, Nurul Shuhada juga memohon maaf menerusi beberapa posting di InstaStory kerana tidak dapat memberikan kerjasama kepada rakan-rakan, media dan klien.
Sumber: Instagram Hafidz Roshdi via OMM
0 Comments