Ticker

6/recent/ticker-posts

(VIDEO) Terhentak Bucu Katil, Tulang Sebelah Mata Kiri Fasha Sandha Patah Ketika Shooting Drama

 


Pelakon Fasha Sandha telah dikejarkan ke pusat perubatan di Johor Bahru setelah mengalami kecederaan akibat jatuh semasa penggambaran drama. 


Seorang pembantu pelakon itu memuat naik perkongsian yang menyatakan bahawa Fasha mengalami kecederaan apabila tulang mata kirinya patah dan bola matanya bengkak selepas terhentak di bahagian tajam katil. 


Video turut dikongsikan yang memaparkan babak di mana Fasha bersama Azhan Rani sedang melakonkan adegan di tangga ketika Azhan menarik rambutnya dan menolaknya sehingga kepalanya terhentak di bahagian tajam katil.




“Kakak mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set penggambaran Anak Tuan TV3 pada 1 Mac (pagi semalam).


“Mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam. Tulang mata kiri patah dan bebola mata sebelahh kiri berdarah dan bengkak. Kini sedang dirawat di hospital pakar di Johor Bharu,” tulis pembantunya.


Dalam perkongsian itu pembantunya meminta jasa baik peminat mendoakan kesihatan Fasha serta memaklumkan aktres itu tidak menyalahkan sesiapa kerana apa yang berlaku di luar jangkaan.




“Memohon jasa baik peminat dan keluarga untuk mendoakan kesihatan kakak.Seperti yang ramai tahu, kakak seorang yang kuat semangat dan komited dalam kerjayanya. Saya yakin kakak kuat.


“Pihak produksi telah memohon maaf pada kakak dan sekeluarganya. Kata kakak, tidak ada sesiapa yang harus dipersalahkan kerana kemalangan ini terjadi di luar jangkaan kita,”katanya.


Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar pelakon kesayangan ramai itu cepat sembuh dan dapat berlakon seperti sediakala semula..






SUMBER : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments