Ticker

6/recent/ticker-posts

Ya Dia Yang Pukul Wanita Bernama Diana Pada 2005, Trauma Sampai Sekarang, Kata Farid Kamil

 



Baru-baru ini pelakon kacak Farid Kamil ada memuat naik beberapa hantaran di instagram storynya yang telah menarik perhatian ramai netizen.


Ig Story pengarah muda ini dikatakan merujuk kepada seseorang yang ramai kenali.Tulisnya, seorang lelaki tak boleh memukul wanita walau dengan apa jua alasan.


Lebih menyedihkan lagi, tiada tindakan diambil walaupun laporan polis telah dibuat. Dalam kenyataan terbaru, pelakon utama filem Anwar: The Untold Story mengaku bahawa 'insan' tersebut telah memukul Diana pada tahun 2005.


Akibat daripada peristiwa itu, Diana dikatakan masih mengalami trauma sehingga hari ini. Dia menyatakan bahawa tidak ada sesiapa pun yang dapat menyembuhkan luka trauma yang ditinggalkan oleh pelaku.



Menurut Farid, sementara mangsa masih mengalami trauma, 'insan' itu masih memukul wanita pada tahun 2023.


 Sebagai bapa kepada dua orang anak, dia juga bertanya apakah tindakan itu dianggap sebagai tindakan yang macho.




Bagi Farid, wanita adalah lembut dan lirikan mata mereka mempersona. Jadi, kaum itu selayaknya dihormati bukannya ditakutkan dengan memukul.



Untuk rekod, pada bulan Disember tahun lalu, pelakon jelita Diana Danielle mendedahkan rahsia lama bahawa dirinya pernah menjadi mangsa pukul bekas teman lelakinya semasa sesi temubual bersama hos Amelia Henderson. 


Diana mengatakan kejadian tersebut berlaku ketika dia berusia 17 tahun selepas menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Kredit: Instagram Farid Kamil melalui ohmedia

Post a Comment

0 Comments