Datuk Jamal Abdillah, penyanyi yang terkenal di Malaysia, mengumumkan bahawa isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, telah diberi nasihat oleh doktor untuk tidak hamil lagi selepas ini.
Ini disebabkan Datin Zai telah menjalani empat kali pembedahan untuk melahirkan semua anak-anak mereka.
"Alhamdulillah, dah empat orang (anak) cukup lah. Doktor pun nasihatkan dan tak benarkan isteri saya hamil sebab semua anak kami lahir secara pembedahan.
“Apapun, syukur kesihatan bayi dalam kandungan isteri saya sekarang berada dalam keadaan baik," katanya.
Penyanyi terkenal Malaysia, Jamal Abdillah mengumumkan bahawa keluarganya akan bertambah dengan kelahiran bayi bongsu mereka pada 14 April ini.
Menurut Jamal, isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin akan menjalani pembedahan bersalin pada tarikh yang ditetapkan oleh doktor.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017 dan kini mempunyai tiga anak, iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani atau Zack, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani, 1.
Sebelum ini, Jamal mempunyai dua anak lelaki melalui perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Sumber : Gempak
0 Comments